Monday, June 9, 2014

Merindu Di Angin Lalu

Assalamualaikum & Hi

Actually hati ni tengah rindukan seseorang. Since last week, jumpa beberapa kali saja. Tu pun sekejap-sekejap. Tu yang menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Tak mengapalah. Asalkan baik-baik saja ya sayang..

Tengah menghitung hari jugak ni sebenarnya. Tak sabar betul nak balik kampung. Kampung mana? Kampung KEDAH chek..!!!

Rindu mak abah jugak. Abah dengan mak pun tak berapa sihat tu. So balik sekejap ni dapatlah jenguk mak abah jugak.

Disebabkan nak balik sekejap saja, so Hana decide nak naik flight. Sebab nak jimatkan masa. Sebab balik pun 3 hari saja. Dua malam saja nak bermalam di rumah. Ala-ala percutian 3 hari 2 malam.. Heheee.. Naik flight ni jimat masa hanya ambil lebih kurang 1 jam sahaja dari KL ---> Penang. 

Kenapa turun kat Penang?

Sebab jarak antara PIA (Penang International Airport) lebih dekat dengan kawasan rumah berbanding SAHA (Sultan Abdul Halim Airport). 

Sangat tak sabar nak balik. Kat rumah pun tak ada orang. Suami sibuk, anak pun balik Kelantan. So memang alone.....

Naik kat KLIA 2 pulak tu.. Dah plan nak naik KLIA Express semasa nak ke airport. Perjalanan pun singkat, 30 minit katanya. Boleh try nanti. 





No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.