Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Saturday, January 3, 2015

Family Trip : Langkawi (Part III)

Assalamualaikum & Hi

Habis bermandi-manda di 3 pulau tu, kami pun balik ke homestay. Mak rajin. Mak la yang masak nasi. Lauk? Lauk simple sangat. Ayam goreng + telur dadar + ikan masin + ikan goreng, Kicap.

Ayam segar tu dibeli di kedai runcit berhampiran. Dah selesai makan, kami berehat + tidur. Pukul 3 petang mula bersiap, gerak ke Langkawi Skycab.

Yang ni lawak. Adik Hana tersalah search. Pergi search Gunung Raya. Haha.. GPS ke Gunung Raya la jawabnya. Dengan keadaan perjalanan kiri kanan tu memang menyeramkan.

My son said, Mama.. Macam jalan hantu ja ni,...Hehee..

Yang ada di jalanan kiri kanan hutan la. Hehee.. Lepas tu, ada la mat salleh dok berbasikal ke puncak gunung. Mesti dia pun pelik tengok kami. Lepas tu baru teringat. Gunung Mat Cincang la. Bukan Gunung Raya...Hahahahaa...

Susah jugak nak ke Langkawi Skycab. Jalan ke sana pun boleh pergi dari mana-mana arah. Bila go straight, ada pulak arrow ke kiri. Go to the left, ada pulak arrow u-turn la, go to the right and macam-macam la.

Sampai ke Langkawi Skycab pukul 5 petang kot. Tak tahu yang memang panjang giler barisan beratur nak tunggu dapat naik skycab tu. Akhirnya kami cuma jalan-jalan di sekitar park tu. Tengok apa yang dijual, apa aktiviti tersedia.

Dok bincang, apa aktiviti seterusnya..


Yummy...Terus teringin nak makan aiskrim ni sekarang!












Pedas... tapi sedap..

Ni pun pedas.. Tapi yummy!


Ni la gerai tempat kami makan/minum petang tu lepas balik dari Langkawi Skycab.
Sorry pic. not clear..









Happy dapat spend time with family. Sesungguhnya family adalah segalanya. Kasih mereka bawa ke syurga. 


Thursday, January 1, 2015

Family Trip : Langkawi (Part I)

Assalamualaikum & Hi

Tak sabar nak up picture yang snap di Langkawi Disember 2014. Percutian yang amat bermakna sebab dapat berkumpul satu family. Itu pun tak cukup ahli. Maklumlah yang dua orang lagi anak dara.

Tak dapat join sebab menuntut di UTHM, Batu Pahat & seorang lagi di Cardiff, UK.. Apa boleh buat. Tak ada rezeki mereka berdua. Nanti kalau berksempatan, boleh la kita bercuti sama-sama.

Tarikh Percutian : 13-15 Disember 2014
Lokasi : Pulau Langkawi, Kedah
Tempat Penginapan : Homestay D'Rumah Warisan, Kg. Kilim

Jadi, marilah kita layan gambar percutian yang pasti akan terpahat dalam ingata kami sekeluarga.

Belanja pict. dulu..
First day sampai. Malamnya ke Pantai Chenang.

Semua mata 'kacau'...

Me, My Cousin, My Son, My Adik..



Dah mula seronok main air..










Seronok betul si ecik ni dapat main di gigi air...

Pusing-pusing Pekan Chenang. Apa yang terkilan sikit... Kedai-kedai tepian jalan & restoren dengan selamba pamerkan ada jual minuman keras. 

Sekali terasa, eh aku ni di Langkawi ka di oversea. Kot ye pun nak jual minuman keras, ada cara lain yang boleh sembunyi-sembunyi. Maklumlah memang tempat tumpuan pelancong. Tapi... Di Malaysia kot.. Hurmm..