Showing posts with label Abdominal Pain. Show all posts
Showing posts with label Abdominal Pain. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Allergy Ke?

Assalamualaikum & Hi

Teringat tiba-tiba...Tak pernah berlaku sebelum ni..

Kejadian berlaku semasa di unit kecemasan. Tak tahu la memang allergy ka atau apa. Tapi lepas diberikan injection IV Zantac, jadi macam ni.

Sebelum ni tak pernah pulak ada allergy ubat. Tapi tak apa lah. Sekali saja dapat. Kalau lepas ni dapat lepas tu jadi macam ni, memang ada allergy jugak la tu.

Sekejap saja berlaku. Lepas tu hilang dah.



Wednesday, June 25, 2014

Asyik Terkenang-kenang...

Assalamualaikum & Hi

Asyik terkenang-kenang la prosedur tadi. Terbayang-bayang saja di mata ni haa..

Nak buat macam mana. Macam kaset pulak dok rewind-rewind dalam kepala otak ni. Nak patah balik pun tak dapat dah kan. Redha saja lah.

Rasa teruk sangat. Rasa macam nak turn back time mintak doctor bagi sedation.

Hurmm..Makan pun rasa tak lalu. Nasib baik tak ada apa. Finding : Normal. Tapi sampai sekarang dok terasa-rasa menda alah tu dimasukkan dalam perut ni..

Sekejap rasa nak makan. Tapi lepas tu hilang selera makan.



Beginikah Rasanya...?

Assalamualaikum & Hi

Prosedur done.

Ya Allaah. Teruknya rasa. Macam nak mati pun ada. 

Macam tu rasanya ye..

Dr. suggest kan buat under LA saja. Lepas tu boleh makan terus boleh terus jalan ke mana-mana.. Kalau buat under sedation nanti lambat dapat makan. 

Dengan tak berfikir panjang Hana pun ok kan saja. 

Permulaannya.. Ok. Tak ada masalah. Satu alat untuk buka kan mulut dimasukkan ke dalam mulut supaya kekal terbuka sepanjang prosedur.

Kemudian satu alat dimasukkan ke dalam mulut melalui esofagus & kemudian terus ke perut. Haaa.. 
Inilah masanya rasa macam terrible sangat. Staff yang attend mintak focus on breath via nose. I am trying.. But can't..!

Memang rasa terrible sangat..!

Kaki dengan tangan diorang pegangkan. Takut la kita bertindak lebih ganas & menggagalkan prosedur. Huhuu.. Menggelupur tangan dengan kaki macam ikan pulak rasanya.

Nak tahu macam mana prosedur tu, google la ek. Tak pun cari di youtube.

OGDS

Assalamualaikum & Hi

Hari ni ada prosedur. Hopefully berjalan lancar. Tiada masalah. In sha Allaah..

Berdebar jugak ni. Selalunya hantar orang buat OGDS. Kali ni Hana pula akan hadapi. Dalam hati tak lepas mengucapkan,

"lailahailla anta subhanakainni kuntu minazzholimin.."

Mudah-mudahan tiada yang serius..


Hee.. Before going for procedure..


Tuesday, June 24, 2014

Bagai Ditusuk Sembilu

Assalamualaikum & Hi

Kali kedua dicuba insert kan iv line. Berjaya. Tapi still sakit. Tak macam yang di insert dua malam lepas.

Hopefully iv line ni dapat bertahan sampai ianya tak diperlukan lagi nanti.


Posted via Blogaway

Monday, June 23, 2014

Wasn't Relief

Assalamualaikum & Hi

Makin menjadi-jadi ni.. Allahuakhbar..

Tak dapat bertahan lagi. Terus minta hubby bawak ke hospital semula.

Dapat injection analgesic dan iv drip... Nasib lah.. Selalu sesedap rasa insert iv line untuk orang.

'Tahan sikit ye encik/puan'

Kali ni...

Ditahan dari pukul 11 malam hingga 4 pagi baru boleh balik. Tu pun sakit tak hilang sepenuhnya.


Posted via Blogaway