Showing posts with label Tour UTHM. Show all posts
Showing posts with label Tour UTHM. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Short Trip to UTHM Part II

Assalamualaikum & Hi

Hari tu ada Hana buat entri tentang Short Trip to UTHM. Cerita sekitar Kolej Perwira sahaja. Now kita tengok sekitar UTHM itu sendiri pula. Dibawa melilau sekitar UTHM oleh TOUR GUIDE kami.. Hehee...

Si baju... Hijau...Eh, ternyanyi pula... Ni la tour guide Hana & mak.

Semasa menunggu Abah & my hubby solat jumaat di masjid UTHM, kami melilau sekitar UTHM la..

 Masjid UTHM

From other view.. Cantik + Besar..

 Ini katanya dewan konvokesyen UTHM..

Fakulti (yang sempat snap)


Nak berenang?


 Ada nampak aeroplane tak? Kapal terbang tak boleh terbang..


luas pemandangan...


 ini tak ingat fakulti apa.


Hostel dalam UTHM.


Library UTHM ni adalah antara yang TERBESAR di Asia tau..

Hostel ada banyak kata adik Hana.. Kolej ni apa entah namanya. Lupa juga. Yang adik Hana duduk tu Kolej Perwira. Dulu masa hantar dia first time tu, jauh kemain dapat hotel. Padahal sekitar UTHM ni pun banyak homestay. Cumanya kena booking awal-awal la. Kalau lambat.... Melepasssss la........

So next time kalau ada saudara-mara atau adik-beradik yang nak masuk UTHM, bila dah tahu tarikh daftar tu cepat-cepat la booking homestay.. Kalau tidak jauh la dapat hotel.

Ini link yang mungkin membantu anda.. Boleh Google lagi 'homestay berhampiran UTHM'... Nanti akan naik banyak sangat senarai link/blog/web berkaitan. (KLIK)

*ada tandas untuk raja. tapi lupa nak snap bangunan toilet raja tu. huhu.. katanya..'sampai suis toilet pun colour emas..' boleh bayang tak? kalau dah suis pun warna emas, bagaimana dengan bowl/flush dan lain-lain? teruja nak tengok. tapi dikunci.


Saturday, February 15, 2014

Short Trip to UTHM (KOLEJ PERWIRA)

Assalamualaikum & Hi

Semalam hantar adik balik semula ke hostel. Dia sekarang study di UTHM. Baru masuk 2nd semester. Bangun pukul 3 pagi. Bertolak ke Batu Pahat jam 5 pagi.. Huwaaa... Time mengantuk tu.. Abah dengan hubby la yang gilir drive. Kami sedap jer krohh, kroh kat belakang. Hehehe..

Sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 8 pagi la. Sebelum tu berhenti solat subuh di R&R Pagoh. Then sambung perjalanan tak stop dah. 

Kira macam short trip la kan.. Hehehe.. Having time with family dalam masa singkat tu kenalah gunakan sebaiknya. Kalau tidak susah la nak spend time family dek kerana tuntutan kerja hakiki. Bila ada masa tu kenalah gunakan sebaiknya. Sebab tu lah Hana bawa family makan-makan. 

Dalam pukul 9 tu adik pergi daftar. Kami tunggu la di kereta. Bila boring, Hana dengan mak tour la Kolej Perwira (hostel adik) tu. Jalan tengok hostel bebudak tu. Blok campur-campur.. I mean boy & girl punya hostel tak ada penghadang. Tak ada pagar atau apa-apa pemisah la i mean. Blok adik Hana tu in front of boys blok. 

Adik cakap ramai yang tak suka pilih tu adalah disebabkan blok tu berhadapan dengan blok budak lelaki. Blok tu okey la. Bilik lebih luas berbanding blok yang sebelumnya. Yang sebelum tu, sempit kot. Dalam bilik tu ada 4 orang. memang sempit la.

Tapi bilik kali ni lebih luas. Ada toilet dalam bilik. Dua orang saja dalam bilik tu. Meja study pun dalam bilik tu. 

*ish terasa rugi tak snap gambar 1 bilik/1 rumah tu. tak habis-habis nak selfie..huhuu..

Malas nak cerita panjang. Nanti readers bosan. Jom la layan gambar selfie i.. ---> sila muntah hijau bila tengok nanti.




Beratur ambil barang tinggalan di stor simpanan


Ada reban arnab di hujung sana. 


Beliau bosan menunggu, main game sampai habis bateri.


 Comel sungguh anak kucing ni. Jumpa masa buat tour dengan bonda sekitar Kolej Perwira.


 With Abah.. Abah.. Siti Sayanggggg Abah...




menjeling orang sebelah. sibuk main game..


Selfie.. Selfie...


With Mr. Hubby..


 Yang dibelakang tu la tuan bilik ni.. Lupa pulak nak snap pict sekitar bilik & rumah tu..

Okey.. Enough la.. Nanti makin ramai yang akan muntah hijau.. Wahaahaa.. Jom ke next entry tour sekitar UTHM pula..