Showing posts with label Hometown. Show all posts
Showing posts with label Hometown. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

Membelah Awan...

Assalamualaikum & Hi

Teringat masa dalam flight ke PIA (Penang International Airport). Mata ni tak lepas memandang ke luar jendela. Cantiknya ciptaan Allaah SWT. Dalam hati tak henti-henti memuji kebesaran Ilahi.

Hana memang suka duduk di tepi tingkap. Sebab nak menikmati keindahan alam. 

Kalau nak bas pun sama. Suka duduk tepi tingkap.



 Baru nak berangkat...



Getting higher...



Membelah awan yang memutih...


Indahnya berada di awangan..



Tak tahu la ini apa nama tempatnya/bandarnya...



Merentas lautan biru...


Macam  membentuk arrow...




Pesisiran pantai ...



Setinggi-tinggi terbang belum dapat mencecah langit..



Kepulan awan...



Weee... Nak sampai dah ni...



Makin terbang rendah, nak landing dah..



 Penang oh Penang...



Akhirnya sampai ke PIA...



Wednesday, June 11, 2014

KLIA 2 | Part 2

Asalamualaikum & Hi

Bila dah selamat check in, mula lah melangkah ke GATE K10. Lepas dah melepasi 'pemeriksaan diri' & beg-beg.. Langkah dipanjangkan ke destinasi seterusnya. 

MasyaAllaah...Jauhnya.. Mujur dalam aircond. Kalau tengah panas, mahu pengsan mak dibuatnya. Mujur beg ringan. Kalau berat, bertambah la beban yang dibawa. Heee...

Tarik sana, tarik sini, jalan sana, jalan sini. Naik escalator, jalan & terus jalan... Barulah sampai ke GATE K10. Ramai la pulak. Tak ada tempat duduk yang sempurna. Ternampak karpet yang ada kerusi-kerusi yang dah dipenuhi orang. Tapi ada la sedikit ruang yang boleh Hana tempek kat situ.

Bila dapat duduk tu....Oh, nikmatnya...!!!! Ini kalau pejam mata boleh hanyut dibuai mimpi sampai ke malam agakya. Mata, tetap bertahan..!!!

Ni sajian untuk kawan-kawan.. Hehee..



Mengantuk yang jelas..



Banyak sangat gate.. Kalau tak biasa, memang melilau jugak ni. Berjalan cari gate saja dah penat.

Kalau nak wajah anda terpampang di badan kapal terbang macam tu.. Kenalah buat sesuatu kan?



Tu yang termasuk dalam pict. ni.. Yang tak nampak & tak masuk entah berapa banyak lagi..

Weee... Dah sampai.. Tak sabar nak berada dalam perut kapal terbang tu.. Kapten mana la yang nak bawak kami ke Penang ni...



Ready to go....!!!! 



Muka penat sangat..

Subhanallah. Hana sangat teruja waktu berada di udara. Cantiknya.. Mungkin bagi kawan-kawan, ianya nampak biasa mungkin. Tapi Hana suka sangat pemandangan macam tu.

Rasa nak tukar profesion jadi stewardess pulak. Eh, boleh ke camtu? Tak cukup inci tu.. Hehee...

On the way to KLIA 2 suasana redup saja.. Bila nak boarding, panas bukan main..


KLIA 2 | Part 1

Assalamualaikum & Hi

Maka selepas berpenat-lelah mengharung perjalanan yang cukup jauh... Sampai lah ke destinasi yang dituju.. Teruja sangat.. Heee..

Tu dia... Macam cerita 'suatu masa dahulu' la pulak.. Excited nak cerita ni.. Not because of tak pernah naik flight. Tapi sebab excited perjalanan nak sampai ke kampung halaman tu..

Selamat layan pict. yang tak seberapa ni ya..




Melintasi Putrajaya.. Motif pict. ni ---> PICC.
Tempat Konvokesyen Tahun 2010 lalu.



Excited naik KLIA Express



Dah larat nak celik mata. Tapi ditahan jua..



Semasa perjalanan ke KLIA 2, redup & mendung ja..



Ni saja dapat & sempat snap.. Sibuk cari ATM & pintu nak check-in.. Heee..



 Lebih kurang macam ni la mesin tu.. (from google)


Lepas tu dapat print boarding pass guna bar code..

Sambung next entry pulak. Banyak pict. nak share..


Perjalanan Bermula

Assalamualaikum & Hi

Tamat night duty. Yeyyy!!! Boleh balik kampung. Tapi balik rumah dulu. Sebab ada slip flight yang dah print tu tertinggal pulak. Kononnya semalam dah ambil semua. Tengok, cuai. Ada jugak yang tertinggal.

Drive la balik rumah pulak.

Disebabkan memang nak naik kenderaan awam dari depan IJN ke Stesen Titiwangsa, drive semula ke sana. Tinggal kereta di tempat kerja. Naik bas ke Stesen Titiwangsa. 



Good Bye... See you again soon... Heheee...

Masa menunggu bas, macam-macam Hana tengok. Ada berlaku kemalangan kecil antara dua buah kereta. Kereta depan reverse tanpa berhati-hati lalu ter'over' reverse langgar kereta di belakangnya. Dengan tak puas hati, pemilik kenderaan di belakang keluar darii kereta. Pemandu kereta di depan pun sama. Keluar dari kereta. Dari lagak gayanya, memang dia tahu itu kesalahannya tak berhati-hati reverse kereta. 

Mereka selesaikan masalah dengan baik. Tak ada kejadian tarik-tarik rambut. Heee... Kedua-dua pemandu tu perempuan. Seorang berbangsa cina, seorang lagi melayu. Geleng kepala Hana tengok.. Macam-macam ragam..

Bila bas sampai, dengan gembiranya Hana pun melangkah naik bersama beg-beg di tangan.

Ingatkan boleh guna kad myrapid tu... Ish.. Sekali tak boleh la pulak... Dulu guna je kad tu. Kenapa sekarang tak boleh...????

Maka diselongkarlah beg duit ni haaa... Huh...Nasib baik ada RM5.. Tu saja yang paling kecil. En. Driver bas tak nak ambik la pulak. Ada ka patut disuruhnya tanya makcik-makcik dalam bas tu. Siapa ada duit kecik, pinjam ke, tukar ke...

Dah gelabah biawak dah Hana ni. Tak boleh nak fikir dah. 

Tak semena-mena ada seorang makcik hulurkan RM1 dekat Hana. Katanya,

"nah la dik, ambik ni,"

Hana hulurkan RM5 kepada makcik tu. Sebagai nak tukar. Tapi dia kata tak apa. Ambillah...

Ya Allaah, rasa bersyukur sangat. Dugaan pulak kan nak balik kampung.

Sampai Stesen Titiwangsa, naik pulak LRT Seri Petaling Line. Turun di Masjid Jamek. Kemudian tukar pulak naik LRT Kelana Jaya Line sampai ke KL Sentral. Sampai KL Sentral barulah naik KLIA Express. Fuhh....

Sampai di KLIA 2 after 30 minit. Naik pukul 10 pagi. Sampai sana pukul 10.30.. Memang best la. LAJU. Tak kalut nak hadap TRAFFIC JAM.. Heee...



Gambar sumber dari Google..



Sumber dari Google. Tak sempat la nak snap sendiri.


Monday, June 9, 2014

Merindu Di Angin Lalu

Assalamualaikum & Hi

Actually hati ni tengah rindukan seseorang. Since last week, jumpa beberapa kali saja. Tu pun sekejap-sekejap. Tu yang menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Tak mengapalah. Asalkan baik-baik saja ya sayang..

Tengah menghitung hari jugak ni sebenarnya. Tak sabar betul nak balik kampung. Kampung mana? Kampung KEDAH chek..!!!

Rindu mak abah jugak. Abah dengan mak pun tak berapa sihat tu. So balik sekejap ni dapatlah jenguk mak abah jugak.

Disebabkan nak balik sekejap saja, so Hana decide nak naik flight. Sebab nak jimatkan masa. Sebab balik pun 3 hari saja. Dua malam saja nak bermalam di rumah. Ala-ala percutian 3 hari 2 malam.. Heheee.. Naik flight ni jimat masa hanya ambil lebih kurang 1 jam sahaja dari KL ---> Penang. 

Kenapa turun kat Penang?

Sebab jarak antara PIA (Penang International Airport) lebih dekat dengan kawasan rumah berbanding SAHA (Sultan Abdul Halim Airport). 

Sangat tak sabar nak balik. Kat rumah pun tak ada orang. Suami sibuk, anak pun balik Kelantan. So memang alone.....

Naik kat KLIA 2 pulak tu.. Dah plan nak naik KLIA Express semasa nak ke airport. Perjalanan pun singkat, 30 minit katanya. Boleh try nanti.