Showing posts with label Nurses. Show all posts
Showing posts with label Nurses. Show all posts

Monday, July 7, 2014

What its Mean?

Assalamualaikum & Hi

Kisah ni berlaku pada pukul 5 pagi tadi. Seorang pesakit non-muslim memanggil nurse kerana berasa kurang selesa seperti sesak nafas katanya..

Setelah semua intervensi perawatan dilakukan kepada beliau, akhirnya beliau kembali rasa lebih baik daripada keadaan sesak nafas tadi.

Sambil memerhatikan keadaan beliau, tiba-tiba Hana diterjah dengan persoalan yang tak terjangka daripada beliau.

Ada satu papan tanda bertulisan jawi, berbahasa arab & maksudnya dalam bahasa melayu. Perkataan 'la ila haillallah'...

She asked,

"What its mean? I read it everyday but I dont know what its mean.."

Beliau menuding jari ke arah papan tanda tersebut yang terletak di dinding di hadapan beliau sambil bertanya apakah maksud perkataan itu.

Hana yang khusyuk memerhatikan keadaan beliau serta iv drip yang sedang menitis jadi tersentak dengan pertanyaan tu. Then Hana pun menyusun ayat.

Apa benda, macam mana nak bagitahu dia maksud perkataan yang dia tanyakan tu. Otak tak dapat nak translate perkataan 'sembah'..

Yang hanya terlintas perkataan..

"There no God to trust except Allaah.."

Boleh ke bagitahu macam tu? Menjadi satu kesalahan tak? Betul-betul tak dapat nak translate perktaan 'sembah' tu..

Beliau turut bertanya, adakah Hana sudah bersahur? Kerana dia diberitahu bulan ini bulan ramadhan. Orang muslim akan berpuasa tidak makan & minum siang hari.

Semalam pulak, kawan-kawan cerita... Beliau ada bertanya yang mereka faham hanya perkataan 'singing'. Selepas diulang tanya barulah faham apa yang ditanya oleh beliau..

"A man singing?"

Rupanya merujuk kepada AZAN. Di hospital tempat Hana kerja akan ada seseorang yang melaungkan azan bila masuk waktu solat. Kemudian mereka pun terangkan kepada beliau.

Esok lusa tak tahu apa pula soalan akan diajukan. Jika berkenaan agama islam, mudah-mudahan kami dapat memberikan penerangan yang jelas kepada beliau. Didoakan juga mudah-mudahan beliau mendapat hidayah daripada Allaah SWT dan memeluk islam.. Ameen..


Posted via Blogaway

Sunday, July 6, 2014

Jom Sahur

Assalamualaikum & Hi

Hurmm.. Jom sahur. Hari ni sahur kat tempat kerja. Kepada yang order Mineral Coffee, jangan risau. Nanti Hana reply.

Nasi Briyani
Gulai Ikan
Sardin
Telur Goreng

Heheee..


Posted via Blogaway

Wednesday, July 2, 2014

Alhamdulillah Rezeki Berbuka

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan ke-4 berlalu dengan aman & tenang. Alhamdulillah masih ada rezeki berbuka puasa dengan juadah sempurna.

Sebenarnya pada hari tersebut masing-masing tak bawa apa-apa bekal. Dan tak tahu di mana nak beli juadah berbuka.

Ada pesakit yang sudi hulurkan sedikit kuih-muih & juga air kotak. Alhamdulillah. Terima kasih ya. Semoga tuan-puan cepat sembuh & dikembalikan nikmat kesihatan.

Mujurlah seorang daripada kami suaminya dapat bawak makanan yang dia dah masakkan di rumah. Syukurlah.. Rezeki.

Dapatlah kami makan nasi berlauk kan ayam masak lemak.. Sedap dia masak. (^_^)

Semoga mereka yang hulurkan juadah buat kami berbuka ni dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat & diberikan kesihatan yang baik. Ameen..

*nak dapatkan premium beautiful corset secara ansuran? Just text me ya.. +6011-26438515.

Berpuasa dengan Premium Beautiful dapat kurangkan masalah gastrik/pedih ulu hati. Bonusnya dapat 'automatic diet control'.. Heee.. Berbaloi-baloi..


Posted via Blogaway

Tuesday, July 1, 2014

Akok oh Akok

Assalamualaikum & Hi

First Ramadhan..

Alhamdulillah dapat cuti. Dapatlah masak untuk sahur & berbuka untuk family.

Sahur goreng ayam dengan udang goreng. Hee..

Berbuka pulak buat sup ayam.. Cukup la tu. Itu pun tak habis.

Cumanya tak dapat berbuka dengan family di kampung. Rindu mak abah. Adik yang study di Johor tu datang rumah. Kebetulan cuti semester.

Okeylah.. Ada adik wakil dari keluarga kandung.. Hee..

Ramadhan kedua pun ada kisahnya juga.

*psstt.. pakai PB time puasa tak rasa sakit ulu hati/epigastric pain tau..

Haa.. Mari sini dengar ini cerita..

Ada seorang relative pesakit di ward, panggil Hana. Dia bagi kuih akok. Daripada ayat yang dituturkan, Hana faham maksud dia kuih tu untuk di makan waktu sahur oleh sesiapa pun.

Kalau tak salah ayatnya begini...

'Dik, ambik la buat makan sahur..'

Ada lagi ayat sambungan.. Tapi isunya di sini.. Maksud ayat dia yang pertama tu. Hana pun tulis kat bekas kuih tu, untuk dimakan waktu sahur.

Rupanya.... Maksud dia, suruh semua makan/rasa kuih tu. Hana dah salah faham.

Sepatutnya ayat dia jelas & terang. Hana pulak kena tanya bila rasa macam confuse @ tak faham dengan ayat tu.

Kesimpulannya mesej tak sampai. Huuhuu..

Ramadhan ketiga.. Berlalu biasa-biasa. Tiada yang istimewa & tiada jugak yang berat-berat. Namun agak penat berjalan ke sana ke mari bekerja from 7 am until 9 pm..

Kisah akok.. Pasti ku kenang sampai bila-bila..

Nak dapatkan PB? Nak tanya apa-apa, just just text me ok..+6011-26438515.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, June 24, 2014

Bagai Ditusuk Sembilu

Assalamualaikum & Hi

Kali kedua dicuba insert kan iv line. Berjaya. Tapi still sakit. Tak macam yang di insert dua malam lepas.

Hopefully iv line ni dapat bertahan sampai ianya tak diperlukan lagi nanti.


Posted via Blogaway

Melangkah Lesu

Assalamualaikum & Hi

Hari ni terpaksa pergi bekerja. Cuba untuk pergi kerja dulu.

Masa tengah bekerja pun asyik pegang perut. Muka dah pucat lesi.

Alkisah lepas habis kerja pergi jugak jumpa Dr. sekali lagi di A+E. Sekali lagi masuk drip. Kali ni dicucuk dua kali. Kali pertama gagal. Sakitnya masa ditusuk branula.. Macam nak jerit sekuat hati.

Kali kedua pun sakit sangat rasanya. Tapi ada darah backflow. Tapi sakitnya sama macam yang gagal tadi.

Menunggu hingga jam 8.45 malam daripada jam 2.30 petang.... Barulah Dr. buat keputusan admitkan Hana...

1st try failed..


Posted via Blogaway

Monday, June 23, 2014

Wasn't Relief

Assalamualaikum & Hi

Makin menjadi-jadi ni.. Allahuakhbar..

Tak dapat bertahan lagi. Terus minta hubby bawak ke hospital semula.

Dapat injection analgesic dan iv drip... Nasib lah.. Selalu sesedap rasa insert iv line untuk orang.

'Tahan sikit ye encik/puan'

Kali ni...

Ditahan dari pukul 11 malam hingga 4 pagi baru boleh balik. Tu pun sakit tak hilang sepenuhnya.


Posted via Blogaway

Sunday, June 22, 2014

Cystitis La Pulak!

Assalamualaikum & Hi

Waa.. Walaupun ambil masa sedikit lama saja, dah terasa macam 4 jam menunggu nak dilihat oleh Dr. ...

Semuanya gara-gara tak tahan menanggung sakit.

Lepas Dr. review, dia diagnose as Cystitis. Hurmm.. Apa la nasib. Kena la makan ubat yang banyak-banyak ni.

Tak apa lah. Terima dengan ikhlas. Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.


Posted via Blogaway

Nak Pengsan!

Assalamualaikum & Hi

Tetiba la pagi ni rasa macam tak larat sangat. Rasa macam nak pengsan pulak.

Tiba-tiba...

Perut pun tak sedap. Macam angin tak angin. Macam sakit tak sakit. Nak kata tak makan, makan dah semalam.

Jumpa Dr. sekejap di A+E...


Posted via Blogaway

Saturday, June 21, 2014

Alkisah Nasi Goreng

Assalamualaikum & Hi

Kalau kerja malam memang tak sah kalau tak makan lewat malam. Memang aktiviti wajib bila night duty.

Malam ni tak nak bercerita panjang. Cuma nak tunjukkan tak puas hati. Huhuu..

Presentation tak seberapa. Tapi mahalnya melebihi biasa la. Rasanya pun tak ummpphh..

Oh Donia....


Posted via Blogaway

Tuesday, June 10, 2014

Second Night Duty~~~Horreeyyy..!!!

Assalamualaikum & Hi

Ish..Tak sabarnya nak habiskan second night ni... Esok lepas habis syift nak bersiap. Terus bertolak ke KLIA2. KLIA pun tak pernah sampai. Alih-alih terus nak ke KLIA2. Pernah sampai di LCCT saja. Heheee..

Semoga malam ni berjalan dengan lancar. Semoga aman & tenteram..

Pesakit-pesakit semoga cepat sembuh ye..

Be nice to me..



Monday, March 31, 2014

Keropok Kelantan Mari

Assalamualaikum & Hi

Hari ni bercadang nak buat ayam goreng madu. Walaupun baru tadi baca artikel mengenai bahaya garam + makanan bergoreng.. Tetap jugak nak makan ye.. Ish.. Cari penyakit betul.

Tak apa, nanti kena minum GARAM BULUH tak pun mineral coffee yang ada GARAM BULUH. In sha Allaah.. Nanti akan di'alkali'kan semula asid dalam badan.

Sementara tunggu ayam diperap, kudap la dulu. Semalam sibuk belikan keropok losong untuk kawan-kawan yang pesan. Sekali terlupa beli untuk diri sendiri. Hanya keropok keping ni je la yang ada. Ni pun sebab my MIL yang beli sebelum bertolak balik & yang diberi oleh mak saudara kami.

*Resepi ayam goreng madu kemudian ye.. Hehee.. (^^,)


Posted via Blogaway

Monday, March 3, 2014

Oh Mata..

Assalamualaikum & Hi

Tadi sebelum start kerja tak minum Mineral Coffee. Jadi sekarang mata dah semakin layu. Oh perut juga minta di isi. Malam ni cleaner pula buat polishing.. Makanya menyukarkan pergerakan.

Nak ke sana susah. Nak ke sini susah. Nak kena tunggu mereka habis buat polishing barulah bebas nak bergerak. Wahai perut.. Tahan la sikit.

Wahai mata.. Bertahanlah. Lambat lagi nak habis syift. Lagi 7 jam tau. Bukan 7 minit. Bukan 7 saat. Tapi... 7 JAM. Please ya..


Posted via Blogaway

Tuesday, February 4, 2014

Tired..!!!

Assalamualaikum & Hi

Just went home..Waa... So tired.. No time to rest. Can't wait to be fulltime Glampreneur... Last night just finished for 2nd night. To complete 3rd night duty tonight.

Got 4 new case. Hurmm.. Tonight will be a medicine nurse. Hopefully will finish it in peaceful.

Let's the picture talk itself...


Posted via Blogaway