Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan Sihat. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

6 Langkah Bijak Mulakan Eat Clean

Assalamualaikum & Hi

Last time Hana ada share tentang EAT CLEAN ni kan? Today Hana nak share dengan kawan-kawan lagi.

Apa yang anda faham tentang eat clean ni?

Tosca Reno, merupakan individu yang mempopularkan diet ni.. mendefinisikan eat clean atau clean eating sebagai memilih...

  • Makanan yang menghampiri fizikal asalnya
  • Tidak diproses
  • Tidak dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain
So cuba lihat makanan harian kita. Banyak yang macam original ATAU yang diproses.

6 Prinsip Utama Eat Clean

  1. Tambah sayur-sayuran dalam diet.

    Sayur-sayuran diperkaya dengan vitamin terutamanya vitamin A yang baik untuk penglihatan & sistem imunisasi. Vitamin K dalam sayur pula membantu dalam pembentukan tulang sihat. Sayuran kan kaya dengan serat, jadi akan membantu kita rasa cepat kenyang. Sayur pun rendah kalorinya.
  2. Hadkan makanan proses.

    Kalau nak tahu, makanan proses ni banyak sodium, gula & lemak. Kalau beli makanan dalam bungkusan tu, periksalah kandungannya. Kalau banyak sangat senarai di pek makanan tu, silalah letak semula, jauhkan diri daripada makanan jenis macam tu.
  3. Kurangkan Daging.

    Eat clean ni bukanlah bermakna tak boleh makan daging langsung. Tapi apa kata cuba kurangkan pengambilannya/jumlahnya. Bila kita kurangkan pengambilan/jumlahnya secara tak langsung kita dah kurangkan/singkirkan lemak tepu dalam diet kita. Nak dapatkan sumber protein, boleh pilih kekacang, tempe atau pun tofu.
  4. AWAK dah cukup MANIS.

    Maksudnya? Nak suruh kurangkan pengambilan gula dalam minuman/diet harian. Apa cara yang betul nak ambil gula dalam diet harian?

    American Heart Association menyarankan wanita mengambil tidak lebih 6 sudu kecil gula sehari, 9 sudu kecil untuk lelaki.

    Cara nak pilih makanan/minuman kurang gula? Bila nak beli makanan/minuman... Cuba tengok senarainya. Kalau gula diletak dalam senarai paling akhir, itulah yang patut kita pilih.
  5. Awasi GARAM

    Kandungan garam terlalu tinggi akan meningkatkan tekanan darah. Ramai orang yang ambil lebih dari 2,300mg sodium sehari ATAU SATU sudu kecil garam. Kalau kita kurangkan pengambilan makanan proses, bermakna kita dah berjaya mengurangkan pengambilan garam..

    Elakkan ambil makanan dalam pek. Makanan dalam pek ni tinggi kandungan sodium berbanding yang dimasak sendiri. Bila memasak di rumah, pilih perasa rempah ratus, buah citrus atau cuka.
  6. Pilih Bijirin Penuh
    Bila buat pilihan, tengok perkataan 'penuh' ATAU 'whole' sebagai bahan utama dalam roti atau pasta. Misalnya ia menyatakan 'gandum penuh' (whole wheat) & bukannya 'gandum' (wheat).

    Selain itu, anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti quinoa, oat dan beras perang.  Kajian mendapati orang makan tiga hidangan atau lebih bijirin ini akan memiliki BMI yang rendah & perut kurang buncit berbanding mereka yang kurang mengambilnya.
*Sumber daripada majalah RAPI.

Jadi, mulai hari ini jom kita pilih makanan yang lebih sihat. Elakkan makanan proses. EAT CLEAN jom.




Thursday, October 2, 2014

Tips Awet Muda

Assalamualaikum & Hi

Apa khabar kawan-kawan? Harapnya sihat-sihat lah belaka ya. Kalau tak sihat tu, carilah penyelesaian ya. Jangan dibiarkan saja. Melarat nanti susah.

Jom Hana share dengan kawan-kawan sedikit tips untuk kebaikan bersama.


  • Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Tips nak minum air masak 2 liter setiap hari.

    Bangun Tidur                 : 1 Gelas
    Sebelum Mandi              : 1 Gelas
    Sebelum Tidur                : 1 Gelas
    Solat 5 Waktu                 : 5 Gelas
  • Makan makanan seimbang, buah-buahan, sayur-sayuran
  • Senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Kalau tak sempat nak pergi senaman di taman, boleh saja lakukan aktiviti naik turun tangga di pejabat, park kereta jauh sikit. jalan ke pejabat.
  • Elakkan makanan yang tidak berkhasiat, tinggi kolesterol, tinggi lemak seperti makanan segera dan seumpamanya, minuman yang tinggi kandungan gula.


Monday, March 3, 2014

Nak Cantik & Sihat? Mesti Baca!

PART II

Assalamualaikum & Hi

Hana ni bukanlah seorang yang boleh berdisiplin menjaga kesihatan. Exercise? Diet? Ermm.. Memang tak ada la. Sekali sekala, tak ada. Jarang sekali, ada. Waaa... Teruk kan? Bila tak sihat tu tanam dalam hati, nak rajin exercise. Bila dah sihat.... Hampeh.

Hana ni seorang yang mempunyai tubuh yang bongkok. Susah sangat nak tegakkan badan. Malu bila nak berdepan dengan orang lain.. Eh, apa kaitan ni dengan sihat & cantik? Tunggu ya.

Bagi yang tidak tahu, badan yang BONGKOK akan menyebabkan perut menjadi BUNCIT. Bagaimana pula tubuh yang bongkok boleh bagi kesan perut buncit?Cuba anda duduk secara postur tubuh yang bongkok, perut akan ke depan & membuncit bukan? Kalau duduk tegak pulak, perut akan tegang kan? Haa... Tidakkah tubuh yang bongkok membantu menambahkan kebuncitan pada perut?

Selain mempengaruhi perut jadi buncit, tubuh yang bongkok juga menyebabkan SAKIT BELAKANG. Dah kerja nurse selalu kena jaga positioning tubuh. Body mechanic gitu. Kalau dah tak jaga.... Sakit belakang makannya.. Bila badan sakit, satu badan ( kepala, kaki, tangan, otak) semua sakit.

Bila ada postur tubuh yang betul, kita akan lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Cara nak DIET? Berapa ramai antara kita yang tahu cara DIET yang BETUL?

Adakah kena TAHAN LAPAR? Kena SKIP sarapan/makan tengah hari/makan malam?

Adakah kena makan SUP SAYUR saja?

Adakah boleh makan KARBOHIDRAT sikit saja?

Adakah langsung TAK BOLEH MAKAN KARBOHIDRAT?

Semua kenyataan & persoalan di atas langsung tidak boleh dipakai. Langsung tidak menunjukkan kaedah/cara diet yang betul/seimbang.

Jadi saranan diet yang betul ialah 1/2 daripada sajian adalah sayur-sayuran & buah-buahan. 1/4 sajian ialah karbohidrat dan 1/4 sajian lagi adalah untuk protein.

Masih tak nampak bagaimana? Tengok ni..




Boleh juga diukur melalui cara ini..



Ini ada disertakan saranan/cadangan untuk amalan diet seimbang..


Boleh la cuba ya.

Jangan lupa lakukan SENAMAN juga.


Dan yang penting juga dalam kehidupan kita... Minum air kosong secukupnya!



Tips mudah dapat minum 8 gelas air sehari..

Selepas Solat 5 Waktu = 5 Gelas
Mandi 2X Sehari = 2 Gelas
Sebelum Tidur = 1 Gelas

Haa... Cukup kan? Mudah sangat nak amalkan 8 gelas air suam sehari.

Kesimpulannya perkara ASAS kalau nak dapatkan badan yang CANTIK & SIHAT kena la..

* Senaman
* Diet Seimbang
* Banyak minum air kosong

Nak tahu apa lagi yang dapat membantu anda berjaya untuk mendapat tubuh langsing serta kesihatan yang baik... Tunggu next entri.