Asalamualaikum & Hi
Bila dah selamat check in, mula lah melangkah ke GATE K10. Lepas dah melepasi 'pemeriksaan diri' & beg-beg.. Langkah dipanjangkan ke destinasi seterusnya.
MasyaAllaah...Jauhnya.. Mujur dalam aircond. Kalau tengah panas, mahu pengsan mak dibuatnya. Mujur beg ringan. Kalau berat, bertambah la beban yang dibawa. Heee...
Tarik sana, tarik sini, jalan sana, jalan sini. Naik escalator, jalan & terus jalan... Barulah sampai ke GATE K10. Ramai la pulak. Tak ada tempat duduk yang sempurna. Ternampak karpet yang ada kerusi-kerusi yang dah dipenuhi orang. Tapi ada la sedikit ruang yang boleh Hana tempek kat situ.
Bila dapat duduk tu....Oh, nikmatnya...!!!! Ini kalau pejam mata boleh hanyut dibuai mimpi sampai ke malam agakya. Mata, tetap bertahan..!!!
Ni sajian untuk kawan-kawan.. Hehee..
Mengantuk yang jelas..
Banyak sangat gate.. Kalau tak biasa, memang melilau jugak ni. Berjalan cari gate saja dah penat.
Kalau nak wajah anda terpampang di badan kapal terbang macam tu.. Kenalah buat sesuatu kan?
Tu yang termasuk dalam pict. ni.. Yang tak nampak & tak masuk entah berapa banyak lagi..
Weee... Dah sampai.. Tak sabar nak berada dalam perut kapal terbang tu.. Kapten mana la yang nak bawak kami ke Penang ni...
Ready to go....!!!!
Muka penat sangat..
Subhanallah. Hana sangat teruja waktu berada di udara. Cantiknya.. Mungkin bagi kawan-kawan, ianya nampak biasa mungkin. Tapi Hana suka sangat pemandangan macam tu.
Rasa nak tukar profesion jadi stewardess pulak. Eh, boleh ke camtu? Tak cukup inci tu.. Hehee...
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.