Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Berita Duka Bertebaran Lagi #MH17

Assalamualaikum & Hi

Seawal pagi ketika bangun bersahur, dikejutkan dengan berita duka lagi. Sedangkan yang hilang belum ditemui & tidak tahu apakah nasib mereka. Dikhabarkan pula sebuah lagi dibedil & terhempas. Allahuakhbar.. Tersentap. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Bayangkanlah sedang umat islam gembira menjalani ibadah puasa & akan menyambut aidilfitri tidak lama lagi, kita ditebarkan dengan satu persatu berita duka.

Bermula dengan SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA. Umat islam ditembak & dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan.

PEMERGIAN biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Dan hari ni seawal pagi kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 dibedil & terhempas. Allaahuakhbar.  Hampir 300 orang penumpang di dalam pesawat. Sayu hati. Yang Islam, rakyat Malaysia, yang nak balik menyambut Aidilfitri dengan keluarga tercinta.. Tak dapat nak tahan perasaan. Terasa seolah-olah diri ni pun mengalaminya.

Mungkin sudah ditentukan Allaah SWT ajal mereka dalam bulan Ramdhan yang mulia. Buat ahli keluarga yang terlibat, tabahkanlah hati. ikhlaskan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya. Ketika inilah keimanan kita diuji. Kuat atau lemah kah iman kita menerima setiap takdir Ilahi.

Rasanya Ramdhan kali ini benar-benar mengajar kita erti sabar & tabah. 

Serba sedikit info yang ingin dikongsi berkenaan MH17.

Senarai nama krew MH17

Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin (50 Tahun)

Kapten Eugene Choo Jin Leong (45 Tahun)

Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Bin Hanapi (29 Tahun)

Pembantu Juruterbang Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahim (27 Tahun)

Anak Kapal

Mohd Ghaffar Bin Abu Bakar (45 Tahun)

Dora Shamila Binti Kassim (47 Tahun)

Azrena Binti Yakob (41 Tahun)

Lee Hui Pin (41 Tahun)

Mastura Binti Mustafa (40 Tahun)

Chong Yee Pin (40 Tahun)

Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (44 Tahun)

Sanjid Singh Sandhu (41 Tahun)

Hamfazlin Sham Binti Mohamad Ariffin (31 Tahun)

Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (31 Tahun)

Angeline Premila Rajandaran (30 Tahun)



_________________________________________________________________________________

Bagi yang nak tahu atau tanya apa-apa berkenaan Premium Beautiful just text me ya.. +6011-26438515.

Friday, July 4, 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan 6.

Today buat Puding Karamel. Tapi... Terkeras pulak. Huhuu.. Tak tahu la apa yang kurang apa yang lebih. Selalu jadi je buat. Tak la teruk sangat.

Maklumlah risiko bila buat time bulan Ramadhan ni. Hehee.. Kalau tidak, kuih-muih, lauk-pauk di bazaar Ramadhan tu tak la jadi indah khabar dari rupa.. Kan?

Ni rupa je menawan, tapi rasanya kureng. Cuba lagi nanti. Esok menu apa pula ya.

Haa.. Jangan lupa pakai Premium Beautiful semasa berpuasa. Dapat elakkan pedih ulu hati tau. Badan pun akan rasa lebih bertenaga.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, July 3, 2014

Beli atau Masak?

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan ke-5..

Hari ni kerja pagi. Terasa mengantuk la pulak. Sahur tadi tak minum mineral coffee.

Tertidur la lepas balik kerja. Bangun dah pukul 6.30 petang. Alaa... Apa nam masak ni?

Nasib baik my MIL dah siap-siap masak. TQ mak.. Hee.. Tapi teringin nak makan pencuci mulut macam kuih muih. Ajak hubby ke bazaar ramadhan.. Tak nak pulak dia.

Google resepi. Tapi.. Hurmm.. Jumpa beberapa resepi. Esoklah buat. Esok pun kerja pagi. Masak kuih awal sikit. Tak tahu lagi ni apa nak masak untuk pencuci mulut.

Sebelum tidur nanti nak tengok semula resepi & bahan-bahan la. Excited pulak.

*tetiba rasa nak makan kek cekelat moist

Yummy...

You all selalu beli ke masak je?


Posted via Blogaway

Tuesday, July 1, 2014

Akok oh Akok

Assalamualaikum & Hi

First Ramadhan..

Alhamdulillah dapat cuti. Dapatlah masak untuk sahur & berbuka untuk family.

Sahur goreng ayam dengan udang goreng. Hee..

Berbuka pulak buat sup ayam.. Cukup la tu. Itu pun tak habis.

Cumanya tak dapat berbuka dengan family di kampung. Rindu mak abah. Adik yang study di Johor tu datang rumah. Kebetulan cuti semester.

Okeylah.. Ada adik wakil dari keluarga kandung.. Hee..

Ramadhan kedua pun ada kisahnya juga.

*psstt.. pakai PB time puasa tak rasa sakit ulu hati/epigastric pain tau..

Haa.. Mari sini dengar ini cerita..

Ada seorang relative pesakit di ward, panggil Hana. Dia bagi kuih akok. Daripada ayat yang dituturkan, Hana faham maksud dia kuih tu untuk di makan waktu sahur oleh sesiapa pun.

Kalau tak salah ayatnya begini...

'Dik, ambik la buat makan sahur..'

Ada lagi ayat sambungan.. Tapi isunya di sini.. Maksud ayat dia yang pertama tu. Hana pun tulis kat bekas kuih tu, untuk dimakan waktu sahur.

Rupanya.... Maksud dia, suruh semua makan/rasa kuih tu. Hana dah salah faham.

Sepatutnya ayat dia jelas & terang. Hana pulak kena tanya bila rasa macam confuse @ tak faham dengan ayat tu.

Kesimpulannya mesej tak sampai. Huuhuu..

Ramadhan ketiga.. Berlalu biasa-biasa. Tiada yang istimewa & tiada jugak yang berat-berat. Namun agak penat berjalan ke sana ke mari bekerja from 7 am until 9 pm..

Kisah akok.. Pasti ku kenang sampai bila-bila..

Nak dapatkan PB? Nak tanya apa-apa, just just text me ok..+6011-26438515.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway