Showing posts with label Air Kosong. Show all posts
Showing posts with label Air Kosong. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

Cabaran Kurus : Day 2

Assalamualaikum & Hi

Hari kedua.

Sarapan.

  • Oat + Mineral Coffee + Garlic tablet
Pukul 10 pagi.

  • Makan nasi goreng 1 pinggan (kecil). BV Alfalfa + Air kosong
Pukul 12 t/hari

  • Makan nasi goreng 1 pinggan(kecil) + Oat + Air kosong
    (sedap pulak nasi goreng tu..hehee..)
Pukul 3 petang.

  • Oat Bar 4 keping + Air kosong
Pukul 5 petang.
  • Nasi putih  1 pinggan(kecil) + Ayam 2 ketul (kecil) + Air kosong

Pukul 9 malam.
  • Cheezy wedges 3 keping (over limit dah ni...hehee..) + biskut Vege. Flavour 6 keping + chocolate drink

Kesimpulannya, hari kedua failed...!!!! Aiyookkk..!!!


Friday, August 8, 2014

Asid Punca Pelbagai Penyakit

Assalamualaikum & Hi

Tahukah anda yang kita sebenarnya banyak mengambil makanan & minuman berasid berbanding makanan & minuman beralkali?

Tahukah anda yang asid merupakan punca kepada pelbagai penyakit?

Tahukah anda perut kita merupakan gudang penyakit?

Kalau jawapan kepada soalan ni adalah "TIDAK", jom baca apa yang Hana nak ceritakan ni.

Makin kita berusia, tubuh akan makin kurang antibodi yang disebabkan oleh amalan hidup yang tak sihat. Amalan hidup tidak sihat tu macam mana ya?

Faktor Penyebab Badan Berasid :-

Makanan tidak seimbangMerokokKurang bersenamMinum alkoholPengambilan ubat-ubatan dalam tempoh yang lamaTekanan/Stressdan macam-macam lagi..

Selalunya faktor paling utama ialah pemakanan yang tidak seimbang. Kita ni memang suka makan apa saja. tak kira baik ke buruk kita bedal sampai sengkak perut kata orang tua.

Kalau tak jaga kesihatan.. Haa.. Berisiko tinggi dapat penyakit-penyakit ini...

Kencing manisTekanan darah tinggiArthritis & sakit tinggiStrokSerangan jantungBuah pinggangdan lain-lain lagi...

Ini adalah fakta pemakanan seimbang..

20% Berasid 

Makanan Berasid

Nasi Daging Roti Mee (mee kuning & mee segera)BiskutKuih-muihMakanan ringan/makanan segeraKuning telurKekacangMakanan laut

Minuman Berasid

KopiMinuman mengandungi aisMinuman berkarbonat (bergas)Air R.OAiskrimMinuman kordialTehAir hujan

80% Beralkali

Makanan Beralkali

Sayuran yang ditanam secara organikBuah-buahan yang ditanam secara organikRumpai lautHerbaPutih telur

Minuman Beralkali

Jus buah-buahan organik, Susu segar (susu kambing)Minuman berasaskan herbaAir zamzamAir mineral (pH 7.5 ke atas)

Eh, Hana.. Haa.. Tu ada tulis kopi tak bagus sebab berasid kan? Habis jual mineral coffee tu?

Ermm.. Haa.. Akak.. Cuba sebut balik. "MINERAL coffee" ... Kan?

Maknanya ada sumber mineral yang memang diperlukan oleh tubuh badan. Lepas tu.. Mineral Coffee ni ada GARAM BULUH. Memang semua sedia maklum kan yang garam buluh ni memang baik untuk kesihatan. Membantu memulihkan & meningkatkan kesihatan kita.

Malahan Mineral Coffee ni bersifat neutral. Yang mana sangat membantu meneutralkan asid dalam darah.

Kalau nak tahu, MINERAL COFFEE ni..

TIADA GULA TAMBAHAN   (NO SUGAR ADDED)TIADA KOLESTEROL            (NO CHOLESTEROL)TIADA BAHAN PENGAWET (NO PRESERVATIVE)

Sebab tu digalakkan minum mineral coffee ni. Kalau ada penyakit macam tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoperosis, migrain, gastrik, haemoglobin yang rendah dan lain-lain... Sangat digalakkan amalkan mineral coffee. In sha Allaah membantu.

Kalau you all jenis suka rasa yang lain daripada yang lain... Boleh cuba minuman GARAM BULUH. Kalau tak suka, boleh ambil MINERAL COFFEE. Rasa pun sedap. Memberi manfaat kepada kesihatan. Garam Buluh ni membantu meneutralkan asid dalam badan tau.


 Jadikan mineral coffee sebagai diet harian..





Gunakan garam buluh dalam masakan & minuman harian.



Hana Radzi

+6011-26438515

hanaradzi12@gmail.com


Hana Radzi

Monday, March 3, 2014

Nak Cantik & Sihat? Mesti Baca!

PART II

Assalamualaikum & Hi

Hana ni bukanlah seorang yang boleh berdisiplin menjaga kesihatan. Exercise? Diet? Ermm.. Memang tak ada la. Sekali sekala, tak ada. Jarang sekali, ada. Waaa... Teruk kan? Bila tak sihat tu tanam dalam hati, nak rajin exercise. Bila dah sihat.... Hampeh.

Hana ni seorang yang mempunyai tubuh yang bongkok. Susah sangat nak tegakkan badan. Malu bila nak berdepan dengan orang lain.. Eh, apa kaitan ni dengan sihat & cantik? Tunggu ya.

Bagi yang tidak tahu, badan yang BONGKOK akan menyebabkan perut menjadi BUNCIT. Bagaimana pula tubuh yang bongkok boleh bagi kesan perut buncit?Cuba anda duduk secara postur tubuh yang bongkok, perut akan ke depan & membuncit bukan? Kalau duduk tegak pulak, perut akan tegang kan? Haa... Tidakkah tubuh yang bongkok membantu menambahkan kebuncitan pada perut?

Selain mempengaruhi perut jadi buncit, tubuh yang bongkok juga menyebabkan SAKIT BELAKANG. Dah kerja nurse selalu kena jaga positioning tubuh. Body mechanic gitu. Kalau dah tak jaga.... Sakit belakang makannya.. Bila badan sakit, satu badan ( kepala, kaki, tangan, otak) semua sakit.

Bila ada postur tubuh yang betul, kita akan lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Cara nak DIET? Berapa ramai antara kita yang tahu cara DIET yang BETUL?

Adakah kena TAHAN LAPAR? Kena SKIP sarapan/makan tengah hari/makan malam?

Adakah kena makan SUP SAYUR saja?

Adakah boleh makan KARBOHIDRAT sikit saja?

Adakah langsung TAK BOLEH MAKAN KARBOHIDRAT?

Semua kenyataan & persoalan di atas langsung tidak boleh dipakai. Langsung tidak menunjukkan kaedah/cara diet yang betul/seimbang.

Jadi saranan diet yang betul ialah 1/2 daripada sajian adalah sayur-sayuran & buah-buahan. 1/4 sajian ialah karbohidrat dan 1/4 sajian lagi adalah untuk protein.

Masih tak nampak bagaimana? Tengok ni..




Boleh juga diukur melalui cara ini..



Ini ada disertakan saranan/cadangan untuk amalan diet seimbang..


Boleh la cuba ya.

Jangan lupa lakukan SENAMAN juga.


Dan yang penting juga dalam kehidupan kita... Minum air kosong secukupnya!



Tips mudah dapat minum 8 gelas air sehari..

Selepas Solat 5 Waktu = 5 Gelas
Mandi 2X Sehari = 2 Gelas
Sebelum Tidur = 1 Gelas

Haa... Cukup kan? Mudah sangat nak amalkan 8 gelas air suam sehari.

Kesimpulannya perkara ASAS kalau nak dapatkan badan yang CANTIK & SIHAT kena la..

* Senaman
* Diet Seimbang
* Banyak minum air kosong

Nak tahu apa lagi yang dapat membantu anda berjaya untuk mendapat tubuh langsing serta kesihatan yang baik... Tunggu next entri.