Showing posts with label Flight. Show all posts
Showing posts with label Flight. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Berita Duka Bertebaran Lagi #MH17

Assalamualaikum & Hi

Seawal pagi ketika bangun bersahur, dikejutkan dengan berita duka lagi. Sedangkan yang hilang belum ditemui & tidak tahu apakah nasib mereka. Dikhabarkan pula sebuah lagi dibedil & terhempas. Allahuakhbar.. Tersentap. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Bayangkanlah sedang umat islam gembira menjalani ibadah puasa & akan menyambut aidilfitri tidak lama lagi, kita ditebarkan dengan satu persatu berita duka.

Bermula dengan SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA. Umat islam ditembak & dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan.

PEMERGIAN biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Dan hari ni seawal pagi kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 dibedil & terhempas. Allaahuakhbar.  Hampir 300 orang penumpang di dalam pesawat. Sayu hati. Yang Islam, rakyat Malaysia, yang nak balik menyambut Aidilfitri dengan keluarga tercinta.. Tak dapat nak tahan perasaan. Terasa seolah-olah diri ni pun mengalaminya.

Mungkin sudah ditentukan Allaah SWT ajal mereka dalam bulan Ramdhan yang mulia. Buat ahli keluarga yang terlibat, tabahkanlah hati. ikhlaskan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya. Ketika inilah keimanan kita diuji. Kuat atau lemah kah iman kita menerima setiap takdir Ilahi.

Rasanya Ramdhan kali ini benar-benar mengajar kita erti sabar & tabah. 

Serba sedikit info yang ingin dikongsi berkenaan MH17.

Senarai nama krew MH17

Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin (50 Tahun)

Kapten Eugene Choo Jin Leong (45 Tahun)

Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Bin Hanapi (29 Tahun)

Pembantu Juruterbang Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahim (27 Tahun)

Anak Kapal

Mohd Ghaffar Bin Abu Bakar (45 Tahun)

Dora Shamila Binti Kassim (47 Tahun)

Azrena Binti Yakob (41 Tahun)

Lee Hui Pin (41 Tahun)

Mastura Binti Mustafa (40 Tahun)

Chong Yee Pin (40 Tahun)

Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (44 Tahun)

Sanjid Singh Sandhu (41 Tahun)

Hamfazlin Sham Binti Mohamad Ariffin (31 Tahun)

Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (31 Tahun)

Angeline Premila Rajandaran (30 Tahun)



_________________________________________________________________________________

Bagi yang nak tahu atau tanya apa-apa berkenaan Premium Beautiful just text me ya.. +6011-26438515.

Sunday, June 15, 2014

Membelah Awan...

Assalamualaikum & Hi

Teringat masa dalam flight ke PIA (Penang International Airport). Mata ni tak lepas memandang ke luar jendela. Cantiknya ciptaan Allaah SWT. Dalam hati tak henti-henti memuji kebesaran Ilahi.

Hana memang suka duduk di tepi tingkap. Sebab nak menikmati keindahan alam. 

Kalau nak bas pun sama. Suka duduk tepi tingkap.



 Baru nak berangkat...



Getting higher...



Membelah awan yang memutih...


Indahnya berada di awangan..



Tak tahu la ini apa nama tempatnya/bandarnya...



Merentas lautan biru...


Macam  membentuk arrow...




Pesisiran pantai ...



Setinggi-tinggi terbang belum dapat mencecah langit..



Kepulan awan...



Weee... Nak sampai dah ni...



Makin terbang rendah, nak landing dah..



 Penang oh Penang...



Akhirnya sampai ke PIA...



Friday, June 13, 2014

Ready To Go...!!!

Assalamualaikum & Hi

Sayu hati nak tinggalkan mak dengan abah. Dengan keadaan mereka yang kurang sihat. Kalau boleh nak stay lama sikit. Tapi tak dapat.

Semoga cepat sembuh mak, abah.. I LOVE U, BOTH...!!!


Tak tahu la kapten mana nak bawa balik malam ni. 


Disebabkan nak boarding waktu malam, tak ada pict. menarik untuk ditayang.


Wednesday, June 11, 2014

Thank You Kapten Amirul...!!!

Assalamuaaikum & Hi

Alhamdulillah... Selamat sampai ke PIA... Thank you Kapten Amirul & semua flight attendent yang terlibat. Syukur kepada Allaah SWT kerana dengan kehendakNya, penerbangan ni selamat berangkat & selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Alhamdulillah flight ni tak hilang dipertengahan perjalanan. 

Teringat pulak MH 370. Ke mana agaknya perginya kapa terbang tu. Apa terjadi ya? Bagaimana dengan anak kapal & penumpangnya? Masih hidup atau telah meninggal dunia.. Semuanya rahsia Allaah.SWT. Hanya dia yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Jom kita doakan yang terbaik untuk mereka. 



Safely arriving at destinantion...!!!

Sebenarnya semasa di dalam flight kan ada kapten ada bagitahu kita tentang penerbangan tu. Tapi betul, tak dapat nak faham sangat apa butir bicaranya..

Terus teringat Harith Iskandar pernah cakap dalam 'Lawak Ke Der 3" kot.. Tak ingat la siri mana. Tapi ada dalam lawak dia, ceritakan tentang stewardess & kapten kapal terbang tu..

Katanya, kapten cuba beramah mesra dengan penumpang. Bercakap entah apa yang dikatakan pun tak dapat nak faham sepatah pun. Cuba la you all cari sendiri dalam youtube tentang lawak Harith Iskandar tu.. Heee...

Semasa sampai di PIA, Abah Hana datang jemput. Kesian + sayu sangat tengok Abah sebab dia tak sihat. Nak nangis rasa. Sanggup datang jemput anak perempuan dia ni. Oh abah... I LOVE U..!!!


Thank you Abah for everything you had done to me..!!!




KLIA 2 | Part 1

Assalamualaikum & Hi

Maka selepas berpenat-lelah mengharung perjalanan yang cukup jauh... Sampai lah ke destinasi yang dituju.. Teruja sangat.. Heee..

Tu dia... Macam cerita 'suatu masa dahulu' la pulak.. Excited nak cerita ni.. Not because of tak pernah naik flight. Tapi sebab excited perjalanan nak sampai ke kampung halaman tu..

Selamat layan pict. yang tak seberapa ni ya..




Melintasi Putrajaya.. Motif pict. ni ---> PICC.
Tempat Konvokesyen Tahun 2010 lalu.



Excited naik KLIA Express



Dah larat nak celik mata. Tapi ditahan jua..



Semasa perjalanan ke KLIA 2, redup & mendung ja..



Ni saja dapat & sempat snap.. Sibuk cari ATM & pintu nak check-in.. Heee..



 Lebih kurang macam ni la mesin tu.. (from google)


Lepas tu dapat print boarding pass guna bar code..

Sambung next entry pulak. Banyak pict. nak share..