Assalamualaikum & Hi
Lama betul tinggalkan blog. Eh, bukan tinggal apa. Cuma banyak benda yang difikirkan, banyak benda yang agak buat fikiran tidak tenang.
Jom ambil penyapu, penyodok, mop... Sapu sampah, sawang-sawang, mop setiap penjuru blog.. Bagi bersih. Hehee..
Permulaan Dismember 2014, memang menyeronokkan. Bercuti dengan family di Langkawi. Lama tak bercuti dengan family kan. So on last of year 2014 we decide to have family trip to Langkawi.
*pic. percutian akan di muat baik nanti..
Pulangnya Dari percutian di Langkawi la bermulanya episode duka buat kami sekeluarga. Diuji dengan pelbagai ujian yang menuntut kesabaran setiap dari kami.
1. Nenek jatuh sakit hingga terpaksa warded
2. Terperangkap dalam banjir sampai Hana hampir terpaksa Emergency Leave. Tapi sempat selamat.
3. Lepas Hana selamat berada di KL, suami & anak yang masih belum dapat pulang pulak terperangkap dengan banjir.
4. Keadaan banjir di Kelantan making meruncing. Hingga terputus hubungan dengan suami.
5. Nenek pulak kembali teruk sakitnya. Hati risau tak terhingga.
Di penghujung Disember 2014 barulah keadaan kembali tenang. Suami & anak dapat kembali ke KL. Anak dapat hadir ke hari suaikenal di sekolahnya. Nenek pun dah kembali beransur pulih.
In sha Allah Hana akan ceritakan semuanya dalam entri seterusnya.
Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat seluruh negara. Marilah berselawat ke at as nabi Muhammad s.a.w.
Kepada kawan-kawan yang membeli produk dengan Hana, setiap pembelian anda, RM1 akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu saudara kita yang dalam kesusahan di sana.
Saturday, January 3, 2015
Mari Mengemas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.