Thursday, January 22, 2015

6 Langkah Bijak Mulakan Eat Clean

Assalamualaikum & Hi

Last time Hana ada share tentang EAT CLEAN ni kan? Today Hana nak share dengan kawan-kawan lagi.

Apa yang anda faham tentang eat clean ni?

Tosca Reno, merupakan individu yang mempopularkan diet ni.. mendefinisikan eat clean atau clean eating sebagai memilih...

  • Makanan yang menghampiri fizikal asalnya
  • Tidak diproses
  • Tidak dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain
So cuba lihat makanan harian kita. Banyak yang macam original ATAU yang diproses.

6 Prinsip Utama Eat Clean

  1. Tambah sayur-sayuran dalam diet.

    Sayur-sayuran diperkaya dengan vitamin terutamanya vitamin A yang baik untuk penglihatan & sistem imunisasi. Vitamin K dalam sayur pula membantu dalam pembentukan tulang sihat. Sayuran kan kaya dengan serat, jadi akan membantu kita rasa cepat kenyang. Sayur pun rendah kalorinya.
  2. Hadkan makanan proses.

    Kalau nak tahu, makanan proses ni banyak sodium, gula & lemak. Kalau beli makanan dalam bungkusan tu, periksalah kandungannya. Kalau banyak sangat senarai di pek makanan tu, silalah letak semula, jauhkan diri daripada makanan jenis macam tu.
  3. Kurangkan Daging.

    Eat clean ni bukanlah bermakna tak boleh makan daging langsung. Tapi apa kata cuba kurangkan pengambilannya/jumlahnya. Bila kita kurangkan pengambilan/jumlahnya secara tak langsung kita dah kurangkan/singkirkan lemak tepu dalam diet kita. Nak dapatkan sumber protein, boleh pilih kekacang, tempe atau pun tofu.
  4. AWAK dah cukup MANIS.

    Maksudnya? Nak suruh kurangkan pengambilan gula dalam minuman/diet harian. Apa cara yang betul nak ambil gula dalam diet harian?

    American Heart Association menyarankan wanita mengambil tidak lebih 6 sudu kecil gula sehari, 9 sudu kecil untuk lelaki.

    Cara nak pilih makanan/minuman kurang gula? Bila nak beli makanan/minuman... Cuba tengok senarainya. Kalau gula diletak dalam senarai paling akhir, itulah yang patut kita pilih.
  5. Awasi GARAM

    Kandungan garam terlalu tinggi akan meningkatkan tekanan darah. Ramai orang yang ambil lebih dari 2,300mg sodium sehari ATAU SATU sudu kecil garam. Kalau kita kurangkan pengambilan makanan proses, bermakna kita dah berjaya mengurangkan pengambilan garam..

    Elakkan ambil makanan dalam pek. Makanan dalam pek ni tinggi kandungan sodium berbanding yang dimasak sendiri. Bila memasak di rumah, pilih perasa rempah ratus, buah citrus atau cuka.
  6. Pilih Bijirin Penuh
    Bila buat pilihan, tengok perkataan 'penuh' ATAU 'whole' sebagai bahan utama dalam roti atau pasta. Misalnya ia menyatakan 'gandum penuh' (whole wheat) & bukannya 'gandum' (wheat).

    Selain itu, anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti quinoa, oat dan beras perang.  Kajian mendapati orang makan tiga hidangan atau lebih bijirin ini akan memiliki BMI yang rendah & perut kurang buncit berbanding mereka yang kurang mengambilnya.
*Sumber daripada majalah RAPI.

Jadi, mulai hari ini jom kita pilih makanan yang lebih sihat. Elakkan makanan proses. EAT CLEAN jom.




No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.