Assalamualaikum & Hi
Habis bermandi-manda di 3 pulau tu, kami pun balik ke homestay. Mak rajin. Mak la yang masak nasi. Lauk? Lauk simple sangat. Ayam goreng + telur dadar + ikan masin + ikan goreng, Kicap.
Ayam segar tu dibeli di kedai runcit berhampiran. Dah selesai makan, kami berehat + tidur. Pukul 3 petang mula bersiap, gerak ke Langkawi Skycab.
Yang ni lawak. Adik Hana tersalah search. Pergi search Gunung Raya. Haha.. GPS ke Gunung Raya la jawabnya. Dengan keadaan perjalanan kiri kanan tu memang menyeramkan.
My son said, Mama.. Macam jalan hantu ja ni,...Hehee..
Yang ada di jalanan kiri kanan hutan la. Hehee.. Lepas tu, ada la mat salleh dok berbasikal ke puncak gunung. Mesti dia pun pelik tengok kami. Lepas tu baru teringat. Gunung Mat Cincang la. Bukan Gunung Raya...Hahahahaa...
Susah jugak nak ke Langkawi Skycab. Jalan ke sana pun boleh pergi dari mana-mana arah. Bila go straight, ada pulak arrow ke kiri. Go to the left, ada pulak arrow u-turn la, go to the right and macam-macam la.
Sampai ke Langkawi Skycab pukul 5 petang kot. Tak tahu yang memang panjang giler barisan beratur nak tunggu dapat naik skycab tu. Akhirnya kami cuma jalan-jalan di sekitar park tu. Tengok apa yang dijual, apa aktiviti tersedia.
Dok bincang, apa aktiviti seterusnya..
Yummy...Terus teringin nak makan aiskrim ni sekarang!
Pedas... tapi sedap..
Ni pun pedas.. Tapi yummy!
Ni la gerai tempat kami makan/minum petang tu lepas balik dari Langkawi Skycab.
Sorry pic. not clear..
Happy dapat spend time with family. Sesungguhnya family adalah segalanya. Kasih mereka bawa ke syurga.
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.