Monday, March 3, 2014

Nak Cantik & Sihat? Mesti Baca!

PART II

Assalamualaikum & Hi

Hana ni bukanlah seorang yang boleh berdisiplin menjaga kesihatan. Exercise? Diet? Ermm.. Memang tak ada la. Sekali sekala, tak ada. Jarang sekali, ada. Waaa... Teruk kan? Bila tak sihat tu tanam dalam hati, nak rajin exercise. Bila dah sihat.... Hampeh.

Hana ni seorang yang mempunyai tubuh yang bongkok. Susah sangat nak tegakkan badan. Malu bila nak berdepan dengan orang lain.. Eh, apa kaitan ni dengan sihat & cantik? Tunggu ya.

Bagi yang tidak tahu, badan yang BONGKOK akan menyebabkan perut menjadi BUNCIT. Bagaimana pula tubuh yang bongkok boleh bagi kesan perut buncit?Cuba anda duduk secara postur tubuh yang bongkok, perut akan ke depan & membuncit bukan? Kalau duduk tegak pulak, perut akan tegang kan? Haa... Tidakkah tubuh yang bongkok membantu menambahkan kebuncitan pada perut?

Selain mempengaruhi perut jadi buncit, tubuh yang bongkok juga menyebabkan SAKIT BELAKANG. Dah kerja nurse selalu kena jaga positioning tubuh. Body mechanic gitu. Kalau dah tak jaga.... Sakit belakang makannya.. Bila badan sakit, satu badan ( kepala, kaki, tangan, otak) semua sakit.

Bila ada postur tubuh yang betul, kita akan lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Cara nak DIET? Berapa ramai antara kita yang tahu cara DIET yang BETUL?

Adakah kena TAHAN LAPAR? Kena SKIP sarapan/makan tengah hari/makan malam?

Adakah kena makan SUP SAYUR saja?

Adakah boleh makan KARBOHIDRAT sikit saja?

Adakah langsung TAK BOLEH MAKAN KARBOHIDRAT?

Semua kenyataan & persoalan di atas langsung tidak boleh dipakai. Langsung tidak menunjukkan kaedah/cara diet yang betul/seimbang.

Jadi saranan diet yang betul ialah 1/2 daripada sajian adalah sayur-sayuran & buah-buahan. 1/4 sajian ialah karbohidrat dan 1/4 sajian lagi adalah untuk protein.

Masih tak nampak bagaimana? Tengok ni..




Boleh juga diukur melalui cara ini..



Ini ada disertakan saranan/cadangan untuk amalan diet seimbang..


Boleh la cuba ya.

Jangan lupa lakukan SENAMAN juga.


Dan yang penting juga dalam kehidupan kita... Minum air kosong secukupnya!



Tips mudah dapat minum 8 gelas air sehari..

Selepas Solat 5 Waktu = 5 Gelas
Mandi 2X Sehari = 2 Gelas
Sebelum Tidur = 1 Gelas

Haa... Cukup kan? Mudah sangat nak amalkan 8 gelas air suam sehari.

Kesimpulannya perkara ASAS kalau nak dapatkan badan yang CANTIK & SIHAT kena la..

* Senaman
* Diet Seimbang
* Banyak minum air kosong

Nak tahu apa lagi yang dapat membantu anda berjaya untuk mendapat tubuh langsing serta kesihatan yang baik... Tunggu next entri.



No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.