Assalamualaikum & Hi
Nak cerita ni. Last week Hana start dapat kulit muka bermasalah. Jadi apa? Jadi macam mana kulit muka tu?
Ni nak story la ni.
Last week masa tu nak balik kampung. Bertolak malam. Dah pula ada masalah peribadi sikit . Jadi serabut. Nak tempek pelembap, serum, night cream bagai bertambah tak ada mood. Jadi muka plain macam tu saja. No cream, no moisturiser, no serum..
Masa dalam perjalanan balik tu, dah mula terasa dah. Rasa macam kering sangat muka ni. Kulit pedih, mengelupas. Bahagian atas bibir dah mula rasa gatal-gatal. Lipstick apa punn tak pakai. Punya lah serabut.. Masa tu ada 100% aloe vera gel. Ingatkan dapat kurangkan masalah pedih-pedih ni. Pun sama juga.
Bila sampai kampung, keadaan muka makin teruk. Makin kering. Moisturiser pun tak bawa. Dah tak terurus rasanya masa tu.
Esoknya, ajak suami singgah di Amanjaya Mall. Beli moisturiser sementara nak balik pakai yang di rumah. Jurujual cakap organic. Harapan, dapatlah atasi masalah kulit muka yang teruk ni. Tapi sama je. Sapu-sapu, pedih.
Balik KL, pergi Watson. Pada hal di Amanjaya Mall pun ada Watson. Tapi tak tengok habis-habis masa tu. main beli ja,
DI Watson, puas pusing dari rak ke rak.
Lepas tu decide untuk pilih 'Vaseline Lotion Intensive Care | Aloe Soothe' ni... Selama ni tahu yang vaseline jenis lotion ni guna di badan saja.
Tapi Hana decide sendiri, Try & Error bak kata orang putih tu.. Nak cuba sapu di muka. Sapuan pertama memang pedih juga. Tapi sapuan kedua walaupun ada pedih sikit, tapi kulit rasa lembap. tak rasa kering macam sebelum ni.
Masih dalam sesi percubaan. Harapnya lepas ni kuit kembali normal. Tak kering, tak pedih bila sapu serum/moisturiser atau cream siang/malam.
Dan Hana juga harap sapuan losyen ni ke wajah tak memudaratkan. Tapi, anyone yang tahu yang lotion ni memang tak sesuai penggunaan di wajah, tolong inform Hana ya. Perkongsian maklumat anda amat dihargai dan diperlukan.
Wajah ku yang teruk since last week.. (-_-)
Nampak tak kesan mengelupas di pipi tu?
Muka jadi merah-merah & sangat pedih,
Muka pedih, merah & mengelupas
Maaf la besarkan gambar bukan nak menunjukkan muka yang hodoh tu. Tapi nak tunjukkan kulit yang mengelupas & merah tu menyebabkan rasa burning sensation. Perit tau.
Setakat ni sahaja review produk vaseline lotion ni. Kalau berhasil, nanti hana tunjukkan hasilnya pula.
Thanks kepada yang sudi membaca & memberi pandangan.
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.