Thursday, February 12, 2015

Tips Mudah Kawal Nafsu Makan

Assalamualaikum & Hi

Ada sesiapa yang tengah berdiet sekarang? You all faham tak macam mana cara diet yang betul?

Diet untuk menurunkan berat badan ni bukan bermakna kita kena skip our meal. Contoh bila kita diajak makan, kita cakap..

"tak nak lah. i tengah diet ni,"

Kita tak perlu skip meal, cuma kita kena tukar menu. Lagi pun cuba perhatikan amalan pemakanan harian kita. Makanan harian kita banyak yang tidak berkhasiat. Berminyak, tinggi kolesterol, tinggi gula & garam. Betul tak?

Eh, dah merepek pula kan.. Let's see what was the tips.

1. Minum Air Mineral 
Minum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. 


2. Makan  Dalam Kuantiti Yang Kecil
Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti yang banyak.


3. Jangan Lewatkan Waktu Makan
Kita haruslah makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ianya akan menyebabkan kita berasa sangat lapar & membuatkan anda makan dengan banyak.

4. Lebihkan Serat Dalam Menu Makan 
Serat akan membuatkan kita berasa kenyang & secara tidak langsung akan mengurangkan selera kita untuk makan.




5. Makan Secara Perlahan
Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit.

Haa.. Semoga tips ini dapat membantu kita semua yang sedang berusaha nak menurunkan berat badan. Yang penting kena latih diri untuk berdisiplin. Terutamanya yang nombor satu tu kan.. memang kita payah nak buat. Tapi kena juga buat. Bukan untuk sesiapa.. Untuk diri kita sendiri juga.

Kalau pakai Premium Beautiful, ianya membantu kita untuk mengawal jumlah makanan yang diambil. Jadi, tidaklah kita makan macam 10 hari tak makan sekali hadap. Ini tak kata orang lain, Hana sendiri pun macam tu. Bila ada PB barulah terkawal sikit.

Oh ya.. Dapatkan juga Set Kurus Bajet untuk membantu menurunkan berat badan dengan selamat & berkesan.

Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com

Friday, February 6, 2015

Cabaran Kurus, Apa Cerita?

Assalamualaikum & Hi

Lama la pulak tak update blog. Eh, cabaran kurus kita tu apa cerita?

Hehehee..

Maaf le tak rajin pulak nak update hari-hari sebab menu sama ja. You all pun bosan nak baca kan. Sama ja hari-hari..

Jadi Hana buat keputusan, stop setakat day 3 ja. Eh, bukanlah stop cabaran tu.. Uish.. Cabaran tu tak boleh stop kawan.. Mesti nak kena teruskan. Cuma berhenti update Kat blog & social media ja.

Last week Hana dah start kerja. And of course agak sibuk jugak di ward. Ramai patient. Tapi nafsu makan ni tetaplah tak kurang. Hehee..

Cuma dengan bantuan PB tu, dapatlah. kawal sikit. Bila rasa ketat perut tu, terus stop. And kombinasi set kurus bajet jugak membantu melawaskan sistem pencernaan. Wee.. (^_^)

Ni nak mengkhabarkan sikit...

Hari ni timbang dah tinggal 49kg!!! OK la tu kan.. Consumed about 3 weeks... Suka la... Lagi semangat nak teruskan cabaran kurus ni.



Thursday, January 22, 2015

Cabaran Kurus : Day 3

Assalamualaikum & Hi

Hari ke-3 Cabaran Kurus nampaknya berlangsung dengan lebih baik. Alhamdulillah..

Sarapan.
  • Mineral Coffee + Biskut Kraker 6 keping (Vege. Flavour) + Garlic 
Pukul 10 pagi.
  • BV Alfalfa + Oat Bar 4 keping
Pukul 12 t/hari.
  • Nasi goreng 1 pinggan + Air kosong
Pukul 2 petang.
  • Oat + Air kosong
Pukul 4 Petang.
  • Nasi goreng 1 pinggan + Air kosong
Pukul 7 malam.
  • Nasi putih 1 pinggan + Ayam masak kicap 1 ketul + Sayur (di stim) + Air kosong + Garlic
Pukul 10 malam.
  • Yogurt low fat 5 sudu + Milo + Biskut + Oat Bar 4 Keping
Walaupun nampak macam banyak, tapi Hana rasa better sikit la daripada second day. Tak tahu kenapa. Tak lapar urgent. Hehee.. May be sebab ada hidangan sayur kot. Nak kena lebihkan lauk + sayuran + buah lepas ni.








6 Langkah Bijak Mulakan Eat Clean

Assalamualaikum & Hi

Last time Hana ada share tentang EAT CLEAN ni kan? Today Hana nak share dengan kawan-kawan lagi.

Apa yang anda faham tentang eat clean ni?

Tosca Reno, merupakan individu yang mempopularkan diet ni.. mendefinisikan eat clean atau clean eating sebagai memilih...

  • Makanan yang menghampiri fizikal asalnya
  • Tidak diproses
  • Tidak dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain
So cuba lihat makanan harian kita. Banyak yang macam original ATAU yang diproses.

6 Prinsip Utama Eat Clean

  1. Tambah sayur-sayuran dalam diet.

    Sayur-sayuran diperkaya dengan vitamin terutamanya vitamin A yang baik untuk penglihatan & sistem imunisasi. Vitamin K dalam sayur pula membantu dalam pembentukan tulang sihat. Sayuran kan kaya dengan serat, jadi akan membantu kita rasa cepat kenyang. Sayur pun rendah kalorinya.
  2. Hadkan makanan proses.

    Kalau nak tahu, makanan proses ni banyak sodium, gula & lemak. Kalau beli makanan dalam bungkusan tu, periksalah kandungannya. Kalau banyak sangat senarai di pek makanan tu, silalah letak semula, jauhkan diri daripada makanan jenis macam tu.
  3. Kurangkan Daging.

    Eat clean ni bukanlah bermakna tak boleh makan daging langsung. Tapi apa kata cuba kurangkan pengambilannya/jumlahnya. Bila kita kurangkan pengambilan/jumlahnya secara tak langsung kita dah kurangkan/singkirkan lemak tepu dalam diet kita. Nak dapatkan sumber protein, boleh pilih kekacang, tempe atau pun tofu.
  4. AWAK dah cukup MANIS.

    Maksudnya? Nak suruh kurangkan pengambilan gula dalam minuman/diet harian. Apa cara yang betul nak ambil gula dalam diet harian?

    American Heart Association menyarankan wanita mengambil tidak lebih 6 sudu kecil gula sehari, 9 sudu kecil untuk lelaki.

    Cara nak pilih makanan/minuman kurang gula? Bila nak beli makanan/minuman... Cuba tengok senarainya. Kalau gula diletak dalam senarai paling akhir, itulah yang patut kita pilih.
  5. Awasi GARAM

    Kandungan garam terlalu tinggi akan meningkatkan tekanan darah. Ramai orang yang ambil lebih dari 2,300mg sodium sehari ATAU SATU sudu kecil garam. Kalau kita kurangkan pengambilan makanan proses, bermakna kita dah berjaya mengurangkan pengambilan garam..

    Elakkan ambil makanan dalam pek. Makanan dalam pek ni tinggi kandungan sodium berbanding yang dimasak sendiri. Bila memasak di rumah, pilih perasa rempah ratus, buah citrus atau cuka.
  6. Pilih Bijirin Penuh
    Bila buat pilihan, tengok perkataan 'penuh' ATAU 'whole' sebagai bahan utama dalam roti atau pasta. Misalnya ia menyatakan 'gandum penuh' (whole wheat) & bukannya 'gandum' (wheat).

    Selain itu, anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti quinoa, oat dan beras perang.  Kajian mendapati orang makan tiga hidangan atau lebih bijirin ini akan memiliki BMI yang rendah & perut kurang buncit berbanding mereka yang kurang mengambilnya.
*Sumber daripada majalah RAPI.

Jadi, mulai hari ini jom kita pilih makanan yang lebih sihat. Elakkan makanan proses. EAT CLEAN jom.




Wednesday, January 21, 2015

Cabaran Kurus : Day 2

Assalamualaikum & Hi

Hari kedua.

Sarapan.

  • Oat + Mineral Coffee + Garlic tablet
Pukul 10 pagi.

  • Makan nasi goreng 1 pinggan (kecil). BV Alfalfa + Air kosong
Pukul 12 t/hari

  • Makan nasi goreng 1 pinggan(kecil) + Oat + Air kosong
    (sedap pulak nasi goreng tu..hehee..)
Pukul 3 petang.

  • Oat Bar 4 keping + Air kosong
Pukul 5 petang.
  • Nasi putih  1 pinggan(kecil) + Ayam 2 ketul (kecil) + Air kosong

Pukul 9 malam.
  • Cheezy wedges 3 keping (over limit dah ni...hehee..) + biskut Vege. Flavour 6 keping + chocolate drink

Kesimpulannya, hari kedua failed...!!!! Aiyookkk..!!!