Thursday, February 12, 2015
Tips Mudah Kawal Nafsu Makan
Friday, February 6, 2015
Cabaran Kurus, Apa Cerita?
Assalamualaikum & Hi
Lama la pulak tak update blog. Eh, cabaran kurus kita tu apa cerita?
Hehehee..
Maaf le tak rajin pulak nak update hari-hari sebab menu sama ja. You all pun bosan nak baca kan. Sama ja hari-hari..
Jadi Hana buat keputusan, stop setakat day 3 ja. Eh, bukanlah stop cabaran tu.. Uish.. Cabaran tu tak boleh stop kawan.. Mesti nak kena teruskan. Cuma berhenti update Kat blog & social media ja.
Last week Hana dah start kerja. And of course agak sibuk jugak di ward. Ramai patient. Tapi nafsu makan ni tetaplah tak kurang. Hehee..
Cuma dengan bantuan PB tu, dapatlah. kawal sikit. Bila rasa ketat perut tu, terus stop. And kombinasi set kurus bajet jugak membantu melawaskan sistem pencernaan. Wee.. (^_^)
Ni nak mengkhabarkan sikit...
Hari ni timbang dah tinggal 49kg!!! OK la tu kan.. Consumed about 3 weeks... Suka la... Lagi semangat nak teruskan cabaran kurus ni.
Thursday, January 22, 2015
Cabaran Kurus : Day 3
- Mineral Coffee + Biskut Kraker 6 keping (Vege. Flavour) + Garlic
- BV Alfalfa + Oat Bar 4 keping
- Nasi goreng 1 pinggan + Air kosong
- Oat + Air kosong
- Nasi goreng 1 pinggan + Air kosong
- Nasi putih 1 pinggan + Ayam masak kicap 1 ketul + Sayur (di stim) + Air kosong + Garlic
- Yogurt low fat 5 sudu + Milo + Biskut + Oat Bar 4 Keping
6 Langkah Bijak Mulakan Eat Clean
- Makanan yang menghampiri fizikal asalnya
- Tidak diproses
- Tidak dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain
- Tambah sayur-sayuran dalam diet.
Sayur-sayuran diperkaya dengan vitamin terutamanya vitamin A yang baik untuk penglihatan & sistem imunisasi. Vitamin K dalam sayur pula membantu dalam pembentukan tulang sihat. Sayuran kan kaya dengan serat, jadi akan membantu kita rasa cepat kenyang. Sayur pun rendah kalorinya. - Hadkan makanan proses.
Kalau nak tahu, makanan proses ni banyak sodium, gula & lemak. Kalau beli makanan dalam bungkusan tu, periksalah kandungannya. Kalau banyak sangat senarai di pek makanan tu, silalah letak semula, jauhkan diri daripada makanan jenis macam tu. - Kurangkan Daging.
Eat clean ni bukanlah bermakna tak boleh makan daging langsung. Tapi apa kata cuba kurangkan pengambilannya/jumlahnya. Bila kita kurangkan pengambilan/jumlahnya secara tak langsung kita dah kurangkan/singkirkan lemak tepu dalam diet kita. Nak dapatkan sumber protein, boleh pilih kekacang, tempe atau pun tofu. - AWAK dah cukup MANIS.
Maksudnya? Nak suruh kurangkan pengambilan gula dalam minuman/diet harian. Apa cara yang betul nak ambil gula dalam diet harian?
American Heart Association menyarankan wanita mengambil tidak lebih 6 sudu kecil gula sehari, 9 sudu kecil untuk lelaki.
Cara nak pilih makanan/minuman kurang gula? Bila nak beli makanan/minuman... Cuba tengok senarainya. Kalau gula diletak dalam senarai paling akhir, itulah yang patut kita pilih. - Awasi GARAM
Kandungan garam terlalu tinggi akan meningkatkan tekanan darah. Ramai orang yang ambil lebih dari 2,300mg sodium sehari ATAU SATU sudu kecil garam. Kalau kita kurangkan pengambilan makanan proses, bermakna kita dah berjaya mengurangkan pengambilan garam..
Elakkan ambil makanan dalam pek. Makanan dalam pek ni tinggi kandungan sodium berbanding yang dimasak sendiri. Bila memasak di rumah, pilih perasa rempah ratus, buah citrus atau cuka. - Pilih Bijirin Penuh
Bila buat pilihan, tengok perkataan 'penuh' ATAU 'whole' sebagai bahan utama dalam roti atau pasta. Misalnya ia menyatakan 'gandum penuh' (whole wheat) & bukannya 'gandum' (wheat).
Selain itu, anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti quinoa, oat dan beras perang. Kajian mendapati orang makan tiga hidangan atau lebih bijirin ini akan memiliki BMI yang rendah & perut kurang buncit berbanding mereka yang kurang mengambilnya.
Wednesday, January 21, 2015
Cabaran Kurus : Day 2
- Oat + Mineral Coffee + Garlic tablet
- Makan nasi goreng 1 pinggan (kecil). BV Alfalfa + Air kosong
- Makan nasi goreng 1 pinggan(kecil) + Oat + Air kosong
(sedap pulak nasi goreng tu..hehee..)
- Oat Bar 4 keping + Air kosong
- Nasi putih 1 pinggan(kecil) + Ayam 2 ketul (kecil) + Air kosong
- Cheezy wedges 3 keping (over limit dah ni...hehee..) + biskut Vege. Flavour 6 keping + chocolate drink



