Saturday, January 3, 2015

Family Trip : Langkawi (Part III)

Assalamualaikum & Hi

Habis bermandi-manda di 3 pulau tu, kami pun balik ke homestay. Mak rajin. Mak la yang masak nasi. Lauk? Lauk simple sangat. Ayam goreng + telur dadar + ikan masin + ikan goreng, Kicap.

Ayam segar tu dibeli di kedai runcit berhampiran. Dah selesai makan, kami berehat + tidur. Pukul 3 petang mula bersiap, gerak ke Langkawi Skycab.

Yang ni lawak. Adik Hana tersalah search. Pergi search Gunung Raya. Haha.. GPS ke Gunung Raya la jawabnya. Dengan keadaan perjalanan kiri kanan tu memang menyeramkan.

My son said, Mama.. Macam jalan hantu ja ni,...Hehee..

Yang ada di jalanan kiri kanan hutan la. Hehee.. Lepas tu, ada la mat salleh dok berbasikal ke puncak gunung. Mesti dia pun pelik tengok kami. Lepas tu baru teringat. Gunung Mat Cincang la. Bukan Gunung Raya...Hahahahaa...

Susah jugak nak ke Langkawi Skycab. Jalan ke sana pun boleh pergi dari mana-mana arah. Bila go straight, ada pulak arrow ke kiri. Go to the left, ada pulak arrow u-turn la, go to the right and macam-macam la.

Sampai ke Langkawi Skycab pukul 5 petang kot. Tak tahu yang memang panjang giler barisan beratur nak tunggu dapat naik skycab tu. Akhirnya kami cuma jalan-jalan di sekitar park tu. Tengok apa yang dijual, apa aktiviti tersedia.

Dok bincang, apa aktiviti seterusnya..


Yummy...Terus teringin nak makan aiskrim ni sekarang!












Pedas... tapi sedap..

Ni pun pedas.. Tapi yummy!


Ni la gerai tempat kami makan/minum petang tu lepas balik dari Langkawi Skycab.
Sorry pic. not clear..









Happy dapat spend time with family. Sesungguhnya family adalah segalanya. Kasih mereka bawa ke syurga. 


Mari Mengemas!


Assalamualaikum & Hi

Lama betul tinggalkan blog. Eh, bukan tinggal apa. Cuma banyak benda yang difikirkan, banyak benda yang agak buat fikiran tidak tenang.

Jom ambil penyapu, penyodok, mop... Sapu sampah, sawang-sawang, mop setiap penjuru blog.. Bagi bersih. Hehee..

Permulaan Dismember 2014, memang menyeronokkan. Bercuti dengan family di Langkawi. Lama tak bercuti dengan family kan. So on last of year 2014 we decide to have family trip to Langkawi.

*pic. percutian akan di muat baik nanti..

Pulangnya Dari percutian di Langkawi la bermulanya episode duka buat kami sekeluarga. Diuji dengan pelbagai ujian yang menuntut kesabaran setiap dari kami.

1. Nenek jatuh sakit hingga terpaksa warded

2. Terperangkap dalam banjir sampai Hana hampir terpaksa Emergency Leave. Tapi sempat selamat.

3. Lepas Hana selamat berada di KL, suami & anak yang masih belum dapat pulang pulak terperangkap dengan banjir.

4. Keadaan banjir di Kelantan making meruncing. Hingga terputus hubungan dengan suami.

5. Nenek pulak kembali teruk sakitnya. Hati risau tak terhingga.

Di penghujung Disember 2014 barulah keadaan kembali tenang. Suami & anak dapat kembali ke KL. Anak dapat hadir ke hari suaikenal di sekolahnya. Nenek pun dah kembali beransur pulih.


In sha Allah Hana akan ceritakan semuanya dalam entri seterusnya.

Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat seluruh negara. Marilah berselawat ke at as nabi Muhammad s.a.w.

Kepada kawan-kawan yang membeli produk dengan Hana, setiap pembelian anda, RM1 akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu saudara kita yang dalam kesusahan di sana.

Friday, January 2, 2015

Family Trip : Langkawi (Part II)

Assalamualaikum & Hi

Tak nak cerita panjang-panjang. Just nak share our family trip yang sangat bermakna. Tahun ni tak tahu lagi nak ke mana. May be ke Pulau Pangkor kot. 

Hari kedua ni, kami sewa bot dengan harga RM230, naik satu family ke 3 Pulau. Mandi-manda, suka ria.

1. Pulau Beras Basah..

Rumah penginapan kami. 
Ada dapur gas, kettle, mesin basuh, bilik aircond (3 bilik), peti ais. Ada 3 bilik air. 

Sewa kereta Avanza, RM280 (3 hari) Penumpang dalam 10 org. Hehee..



So far ok la rumah tu. Baru di ubahsuai rasanya..



Huh..Mama ni, sibuk nak 'peace' pulak.. Hafidz kena panas ni tau mama..



Topi beli di Langkawi. Hehee..



Kami tak sabar sangat nak naik bot ni.. Tunggu depa isi minyak sat..

Masa ni okey lagi yang tukang bawak bot..



Cantik sangat view. I love sea..



Cuak. First time naik bot..

Selamat tiba di Pulau Beras Basah.. Si kecik tu dah tak sabar nak mandi laut...



Tu dia...Hero Malaya.. Yang lebar sikit tu iols punya okey.. Berminat dengan yang lain? Hehee..



Satu jam jugak kami ditinggal di sini. Mandi puas-puas..

Kami pun tak tahu binatang apakah haiwan laut ni. Gamat kah? Gamat bukan ke warna keemasan?




Hero saya.. Duduk di pesisir je. Tak nak pergi tengah..


Kenkonon jadi duyung....Huuu...Duyung la sangat kan......









dah start ramai. masa tu dah pukul 11 pagi macam tu. kami pun dah penat, lapar. 

Siap untuk bertolak ke Pulau Singa Besar. For eagle feeding..


Kalau tak salah, mereka beri helang-helang ni makan perut ayam..






Okey, sekarang bot berhenti di sekitar Pulau Dayang Bunting. Nampak tak di situ kenapa & bagaimana di gelarkan Pulau Dayang Bunting..?



Excited sampai sini...



Rehat sekejap terapi ikan..




Lepas pakai Life Jacket baru rasa confident sikit nak turun ke dalam tasik..


Yang si kecik tu nampak geram sangat nak terjun dalam tasik. Seriau je Hana pandang..






We're so happyyyyyy...................!!!!



Thursday, January 1, 2015

Family Trip : Langkawi (Part I)

Assalamualaikum & Hi

Tak sabar nak up picture yang snap di Langkawi Disember 2014. Percutian yang amat bermakna sebab dapat berkumpul satu family. Itu pun tak cukup ahli. Maklumlah yang dua orang lagi anak dara.

Tak dapat join sebab menuntut di UTHM, Batu Pahat & seorang lagi di Cardiff, UK.. Apa boleh buat. Tak ada rezeki mereka berdua. Nanti kalau berksempatan, boleh la kita bercuti sama-sama.

Tarikh Percutian : 13-15 Disember 2014
Lokasi : Pulau Langkawi, Kedah
Tempat Penginapan : Homestay D'Rumah Warisan, Kg. Kilim

Jadi, marilah kita layan gambar percutian yang pasti akan terpahat dalam ingata kami sekeluarga.

Belanja pict. dulu..
First day sampai. Malamnya ke Pantai Chenang.

Semua mata 'kacau'...

Me, My Cousin, My Son, My Adik..



Dah mula seronok main air..










Seronok betul si ecik ni dapat main di gigi air...

Pusing-pusing Pekan Chenang. Apa yang terkilan sikit... Kedai-kedai tepian jalan & restoren dengan selamba pamerkan ada jual minuman keras. 

Sekali terasa, eh aku ni di Langkawi ka di oversea. Kot ye pun nak jual minuman keras, ada cara lain yang boleh sembunyi-sembunyi. Maklumlah memang tempat tumpuan pelancong. Tapi... Di Malaysia kot.. Hurmm..