Tuesday, September 1, 2015

Belajar Sesuatu


Assalamualaikum & Hi


Malam ni tergerak hati nak cerita kisah kehidupan. Not mine, just share from others. Hidup kita tak selalu indah. Ada masa di atas, happy penuh warna warni bak pelangi. Ada masa pula di bawah, kecewa, sedih penuh duka lara onak & duri.

Kita sangka hidup kita yang paling teruk. Kesal dengan apa yang kita hadapi & berlaku sekarang. Sedangkan pernah tak kita renung kembali... Muhasabah diri. Ada insan lain yang hidupnya lebih payah, lebih sukar daripada kita.

Pernah tak kita syukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada kita?

Renung semula...

                                 

Sebenarnya apa yang DIA berikan kepada kita adalah apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak. May be apa yang kita nak tu tak sesuai untuk kita. Sebab tu DIA tak bagi apa yang  kita nak.

Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sebab tu ada ketikanya hajat kita tak dimakbulkan..
Cubalah belajar mensyukuri apa yang kita ada, apa yang diberikan, apa yang telah ditentukan olehNya.

Lihat pada keperitan, penderitaan, kepayahan hidup orang lain sebelum kita katakan hidup ini tidak adil. ALLAH itu tak adil... Never said that okey. You will never know what had Allah plan for you, for us. Setiap yang berlaku ni mesti ada hikmahnya.

                                      

Sesungguhnya Hana syukur dikelilingi oleh insan-insan yang baik, family yang amat sayangkan Hana. Kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah sangat bersyukur. Walaupun belum 'sempurna' menjadi seorang wanita, punya zuriat sendiri... Tak apa... Allaah SWT punya perancangan sendiri yang lebih baik. Ada hikmahnya.

For all friends outside there, if ada masalah carilah kawan-kawan yang boleh membantu mendengar & meredakan masalah. Bukan yang semakin memburukkan keadaan.

Jadi ibu bapa bukan mudah. Jika benar anak kita yang salah, akuinya. Jika kita sendiri yang bersalah, akuinya. Jangan pula menidakkan kesilapan sendiri. Ibu bapa jangan mudah menyebelahi anak sendiri. Selidiklah benar @ tidak dia bersalah @ dipihak yang benar.

Saling memaafi antara kita. Bermaafan bukan sekadar di hari raya sahaja. Setiap masa mesti saling memaafi.

Yang lepas biarlah lepas. Yang akan datang peliharalah sebaiknya. Jangan cepat melatah. Perbaiki kesilapan masing-masing.  Kita bukan maksum yang tak ada silap walau sebesar zarah. 
Bila terasa diselubung rasa marah, segeralah berwuduk, solat sunat. Mohonlah agar diredakan rasa marah, ditunjukkan jalan agar dapat diselesaikan setiap permasalahan, yang mana rumit dipermudahkan.

Bagi suami isteri, jaga bahasa. Terutamanya suami. Janganlah mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh merumitkan hubungan rumah tangga kalian. Jika terasa lidah ringan nak memaki hamun @ melafazkan yang tidak sepatutnya tanpa niat, baiklah kamu diam & keluar dari rumah. Bila terasa sudah reda, pulanglah.



Jika isteri cuba timbulkan provokasi, tak perlu layan walau hati sakit. Isteri, jangan terlalu mendesak. Kemudian cubalah beralah. Selesaikan sebaiknya setiap masalah. Masing-masing ada kesilapan. Jadi carilah penyelesaian sebaiknya.

Kawan-kawan, jika bergaduh dengan kawan anda, jangan mudah memaki hamun. Cuba bercakap baik sekurang-kurangnya 3x. Carilah tempat yang susuai & tidak menjatuhkan air muka si yang ditegur. Sama-sama jaga air muka kawan-kawan ya. Kita tak sempurna, tapi cubalah sedaya upaya sempurnakan setiap perkara yang dipertanggungjawabkan.



Sekian celoteh saya malam ni. Sebagai mengambil iktibar daripada kisah kehidupan insan di sekeliling & berkongsi agar kita semua jadi lebih baik satu sama lain. Menghargai setiap insan di sekeliling kita.


Wednesday, August 26, 2015

What Comes Around Goes Around

Assalamualaikum & Hi

Apa khabar you all? Make sure healthy lifestyle ek, barulah sihat sokmo. Hihii..

Apa nak kata tadi...

Haa.. Kita ni jangan nak menyombong bongkak sangat. Macam kita ni tak akan buat silap langsung sepanjang masa.

Kita kena ingat, nak kata kat orang tu biar berpada-pada. Kalau kita kata then orang tu tersinggung, kita jatuh salah. Even though buat kita nak tegur ja.

Tak salah kita nak kata, tapi lepas dah kata minta maaf balik. Terangkan tujuan kita kata, marah tadi. Kenapa kita marah sangat. Kalau kita minta maaf, terangkan sebab. Mesti dia akan faham & tak simpan dalam hati.

Tapi kita pulak jangan la pandai nak kata kat orang, tapi time kita salah kita tak boleh terima orang lain marah kita, tegur kita. Tak seronoklah macam tu. Memang la tak ada sapa suka kena marah. Tapi buatlah fair and square kan.. Asyik kita ja nak menang susah la. Asyik kita ja yang betul, orang lain selalu salah. Cakap tak fikir perasaan orang lain, susah macam tu.

Ni bukan entri nak marah, mengata sesiapa. Tapi biar kita sama-sama beringat. Sedia terima teguran. Barulah teamwork namanya. Barulah boleh buat kerja dengan happy. Jangan asyik kita saja yang betul. Kita manusia biasa, tak ada yang sempurna kecuali Yang Esa. Hanya DIA yang maha sempurna.

Lagi satu,

Nak tegur ada cara.

1. Panggil orang yang ditegur elok-elok.
2. Pilih tempat yang sesuai sebelum menegur
3. Buat teguran dengan bahasa yang sesuai. Kalau terkasar, minta maaf dan terangkan tujuan
4. Dapatkan feedback daripada orang yang ditegur
5. Kalau kita yang kena tegur, terima seadanya. Jelaskan sebaiknya.

Hopefully kita jadi manusia yang bertanggungjawab. Buat salah mengaku kesalahan tu. Jangan buat salah tapi diam tak bercakap. Fikirkan kesan kesalahan kita tu apa kesannya kepada orang lain. Mereka dimarahi oleh orang lain ke, kesalahan yang diletakkan kepada mereka yang bukan dilakukan oleh mereka.. Kalau anda ditempat mereka, apa perasaan anda?Marahkan bila orang lain punya salah, kita yang tanggunglah akibatnya..

Jadi saling mengingati agar tak melakukan kesilapan tu penting. Baru kerja berjalan lancar semuanya.

Okey. Dah habis. Ingat tau semua.

What goes around comes around. Remember that.


Thursday, August 6, 2015

Testimoni Premium Beautiful


Assalamualaikum & Hi

Masih berbaki bulan Syawal kita ni... Banyak ke jemputan Open House tu you all? Tak manis pula kan kalau tak penuhi jemputan tu sedangkan tak ada aktiviti penting untuk dihadiri...


Mesti ada yang rasa macam ni kan?


Tak pergi, nanti apa pula katanya. Kalau pergi dah tentu makan tak agak-agak.. Aduh... Macam mana ya...?


Mesti susah punyalah nak control makan dah bila nampak makanan yang sedap-sedap tu, juadah favourite lagi. Ish..ish.. Apa nak buat ni? Tak makan rugi ooo... Bukan senang nak makan free, ye tak? Hehee..


Ada pula yang rasa macam ni...


"Tak apa lah, raya setahun sekali ja. Nak makan banyak juadah gini setahun sekali ja pun. Lepas ni aku start ler exercise..."


Macam ni juga..


"Tak pa, now pulun makan ja. Rugi tak makan. Bukan selalu pun. Lepas ni start la diet semula. Bukan susah nak diet tu.."


Dah tau dah.. Mesti ni punyalah alasan bila terfikir-fikir semula pasal makan banyak kan? Tapi yang raya punya makan tu memang setahun sekali ja. Yang makan kenduri tiap minggu, tiap-tiap bulan tu macam mana pula?


Yang makan hari-hari? Macam mana pula?


Ish, ish, ish... Kena fikir tu...


Tapi....


Hana ada berita gembira untuk you all tau. Dah ready dah nak tau? Tak nampak pun yang angkat tangan nak tau... <<< merajuk sambil peluk tubuh,mulut muncung sedepa boleh sangkut 'hanger'...


Ah, kau! Mengada-ngada eh? Cepuk nak?


Hihii... Jangan marah arrr...


Ni Hana nak share testimoni Premium Beautiful. Cemburu sungguh tengok transformasi berat, bentuk badan & saiz baju. Teruja Hana tengok tau.


Tak mau cakap banyak, jom kita tengok gambar kejayaan & kegembiraan mereka.







































Macam mana you all? Rasa  terbakar tak? Hana pun rasa terbakar tau. Kalau mereka boleh, you all semua pun boleh. Asalkan ada kemahuan.

Now promosi untuk Premium Beautiful ni, ada REBATE RM150 & RM400 pula. Banyak tu you all. Rugi if tak rebut sekarang. Duit dapat, freegift lagi dapat, badan cantik & sihat pula.




Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh pm Hana ye.. Jangan risau, Hana tak makan orang. Hehee.. Tak salah bertanya, malu bertanya sesat jalan pula kan?

Hana Radzi
Premium Beautiful Expert
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com

Wednesday, July 8, 2015

Promosi Mineral Coffee



Assalamualaikum & Hi

You all apa khabar? Nak raya dah kita ya.. Now kita dah dalam track 10 Ramadhan terakhir, ada juga yang kata 10 malam terakhir, dan perlumbaan mendapatkan malam lailatulqadar. Rasa macam sekejapan saja kan Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.

Bulan Ramadhan ni lah satu-satunya bulan yang sungguh istimewa. Yang mana setiap amalan beroleh pahala berganda. Mesti semua nak rebut kan?

Sesiapa yang dah pernah minum mineral coffee selalu restock ni sebab nak beramal ibadah. Ada juga yang meniaga bazaar Ramadhan, meniaga baju raya, dan lain-lain untuk persiapan raya. Jadi nak ada tenaga semua. Nak rebut dunia, nak dapat akhirat juga.. Ye dak? Kena la balance. Jangan nak duniawi saja.

Hana ni baju raya pun tak beli lagi tau. Padahal tahun ni raya. Tahun depan kerja pula. Persiapan raya untuk orang lain dulu yang hana excited sediakan. Duit raya dah siap edar. Maklumlah nak rebut pahala berganda bulan Ramadhan ni. Sedekah untuk mak abah,adik beradik..

Bersempena tu dengan senang hati hana nak buat PROMOSI RAYA la.. Disebabkan you all suka dengan mineral coffee yang terhangat dipasaran sebab istimewa mengandungi garam buluh tu... Kami buat PROMOSI harga runtuh..!!!

Beli 12 kotak mineral coffee, RM 286, jimat hingga RM26 tau. Normal price RM360... Jimat kan? Rugi kalau tak beli sekarang. Lepas ni dah back tu harga biasa dah. Sekotak RM30..

Semua orang suka kalau ada promosi kan? Tak terkecuali orang yang tengah taip entri ni. Hehee...

Sekali lagi hana terangkan, siapa yang boleh amalkan mineral coffee ni..

✔ Diabetes
✔ Tekanan darah Tunggu
✔ Migrain
✔ Gastrik
✔ Hemoglobin low
✔ Semua peringkat usia
✔ Orang yang sihat
✔ Selalu mengantuk
✔ Letih & tak bertenaga

Ruginya kalau nak grab now. Boleh buat stock lama sikit. Raya stokis tutup, poslaju pun cuti. Jadi marilah kita dapatkan sekarang. Kan ke nak beraya dari rumahke rumah, rumah sanak saudara, rakan taulan...

Alahai, rindunya nak merasa suasana beraya di kampung macam masa zaman kanak-kanak dulu.. Rindu nya.....

Eh, tersingkap memori silam pulak. Maaf semua. Haa.. Kalau ada apa-apa persiapan boleh contact hana ye. Nak tanya pasal produk ke, penghantaran ke boleh je. Dipersilakan.. Jangan segan jangan malu ya..


Saturday, June 27, 2015

Tips Menguruskan Gaji


Assalamualaikum & Hi

Apa kahabar kawan-kawan ku? Selamat menjalani ibadah puasa ye.. Kalau tak boleh berpuasa tu, janganlah pulak makan & minum sesuka hati depan orang yang berpuasa tau. Hehee..

Eh, dua tiga hari ni Hana perasan kan, ramai yang dok update status tentang kakitangan kerajaan yang akan 'ketiadaan' gaji selama 2 bulan. Tapi bukanlah begitu sebenarnya kan? 'umpama' saja macam tak ada gaji. Depend on how we manage it. Disebabkan dapat gaji awal bulan depan kan. Kenalah pandai-pandai uruskan kewangan kita.

Nak buat persiapan raya kan lagi, kan? Mesti banyak guna duit. Jangan boros berbelanja sampai terlupa pula yang hujung bulan Julai nanti 'tiada' gaji.

Kalau yang bujang, tu OK la kan. Fikir diri sendiri saja. Bagi yang berkeluarga, banyak komitmen kan? Sebab tu kena bijak uruskan kewangan & berbelanja. Kita ni bukannya boleh nampak duit banyak dalam akaun, mulalah nak belanja lebih, shopping itu ini. Tak payah nak nafikan ye.. <<< termasuk yang taip entri ni.. Hihii.. Pantang aje nampak duit lebih, napsu beli belah tu mulalah datang..

Today, Hana nak share few tips lah untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Supaya tak memudaratkan diri sendiri & ahli keluarga. Harap dapat bantu kawan-kawan di luar sana.... <<< bantu si empunya entri ni jugak.. Mueheheeh...

TIPS MENGURUSKAN GAJI BULANAN
1. Tuliskan senarai bayaran/perbelanjaan bulanan (simpanan, bill utiliti, kereta, rumah, loan lain, mintak kereta, belanja dapur, yuran pengasuh/taska/sekolah, belanja untuk isteri/anak-anak dll) dalam buku 555/smartphone kawan-kawan tu. Senang nak review balik later.
(en.google)
2. Dapat gaji terus simpan 10% ATAU 20% daripada gaji sebelum gunakan untuk bayar perbelanjaan lain. Ini sebagai simpanan bulanan. Jangan usik-simpan dalam akaun yang tak ada kad ATM.



3. Agihkan bayaran/perbelanjaan bulanan. Boleh gunakan sampul duit raya TAPI kena label la sampul tu untuk apa. Takut TERGUNA buat bagi duit raya pulak. Hihii.. Sebaiknya selesaikan setiap pembayaran dengan segera supaya duit tak TERnampak 'lebih' di dalam akaun. Bila settle pembayaran tandakan (√) pada senarai pembayaran.


4. Baki wang yang belum dapat buat pembayaran segera sebaiknya disimpan asing dari akaun yang ada duit gaji tu. (Alasan sama, supaya duit anda tidak TERlihat 'lebih' di dalam akaun)


5. Kalau dah settle semua pembayaran tu, kalau masih ada lebihan selepas ditolak belanja makan/minum harian kita di tempat kerja... Barulah boleh SHOPPING.

6. Ini bukan tips menguruskan gaji. Tapi tips nak berSHOPPING.

  • Memang jimat beli masa tengah SALE, tapi sila buat pilihan dengan tepat. Periksa barang yang nak beli elok-elok. Jangan tergesa-gesa nak beli. Takutnya bila balik rumah baru perasan yang barang tu ada defect yang jelas nampak.
  • Kalau rasa banyak sangat barang nak beli, cuba kumpul duit gaji sikit-sikit. Jangan seronok sangat guna kad kredit tu. Buat senarai barang apa yang kita teringin sangat nak beli tu.
  • Beli satu barang yang kita nak sangat tu setiap bulan. Tapi pastikan belanja bulanan kita selesai & makan minum harian tu mencukupi baru boleh beli tau.

Sekian perkongsian daripada Hana. Harap kita dapat aplikasikan dalam kehidupan harian.... Hamboi... Skemanya ayat. Oh, Tips ni bukan je untuk musim perayaan tau, setiap bulan pun mesti gunakan.

Haa... Kalau ada sesiapa nak tambah, sila bagitahu ye. Nanti Hana tambahkan. Yang baik kita kena share. Kan sharing is caring.