Saturday, June 27, 2015

Tips Menguruskan Gaji


Assalamualaikum & Hi

Apa kahabar kawan-kawan ku? Selamat menjalani ibadah puasa ye.. Kalau tak boleh berpuasa tu, janganlah pulak makan & minum sesuka hati depan orang yang berpuasa tau. Hehee..

Eh, dua tiga hari ni Hana perasan kan, ramai yang dok update status tentang kakitangan kerajaan yang akan 'ketiadaan' gaji selama 2 bulan. Tapi bukanlah begitu sebenarnya kan? 'umpama' saja macam tak ada gaji. Depend on how we manage it. Disebabkan dapat gaji awal bulan depan kan. Kenalah pandai-pandai uruskan kewangan kita.

Nak buat persiapan raya kan lagi, kan? Mesti banyak guna duit. Jangan boros berbelanja sampai terlupa pula yang hujung bulan Julai nanti 'tiada' gaji.

Kalau yang bujang, tu OK la kan. Fikir diri sendiri saja. Bagi yang berkeluarga, banyak komitmen kan? Sebab tu kena bijak uruskan kewangan & berbelanja. Kita ni bukannya boleh nampak duit banyak dalam akaun, mulalah nak belanja lebih, shopping itu ini. Tak payah nak nafikan ye.. <<< termasuk yang taip entri ni.. Hihii.. Pantang aje nampak duit lebih, napsu beli belah tu mulalah datang..

Today, Hana nak share few tips lah untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Supaya tak memudaratkan diri sendiri & ahli keluarga. Harap dapat bantu kawan-kawan di luar sana.... <<< bantu si empunya entri ni jugak.. Mueheheeh...

TIPS MENGURUSKAN GAJI BULANAN
1. Tuliskan senarai bayaran/perbelanjaan bulanan (simpanan, bill utiliti, kereta, rumah, loan lain, mintak kereta, belanja dapur, yuran pengasuh/taska/sekolah, belanja untuk isteri/anak-anak dll) dalam buku 555/smartphone kawan-kawan tu. Senang nak review balik later.
(en.google)
2. Dapat gaji terus simpan 10% ATAU 20% daripada gaji sebelum gunakan untuk bayar perbelanjaan lain. Ini sebagai simpanan bulanan. Jangan usik-simpan dalam akaun yang tak ada kad ATM.



3. Agihkan bayaran/perbelanjaan bulanan. Boleh gunakan sampul duit raya TAPI kena label la sampul tu untuk apa. Takut TERGUNA buat bagi duit raya pulak. Hihii.. Sebaiknya selesaikan setiap pembayaran dengan segera supaya duit tak TERnampak 'lebih' di dalam akaun. Bila settle pembayaran tandakan (√) pada senarai pembayaran.


4. Baki wang yang belum dapat buat pembayaran segera sebaiknya disimpan asing dari akaun yang ada duit gaji tu. (Alasan sama, supaya duit anda tidak TERlihat 'lebih' di dalam akaun)


5. Kalau dah settle semua pembayaran tu, kalau masih ada lebihan selepas ditolak belanja makan/minum harian kita di tempat kerja... Barulah boleh SHOPPING.

6. Ini bukan tips menguruskan gaji. Tapi tips nak berSHOPPING.

  • Memang jimat beli masa tengah SALE, tapi sila buat pilihan dengan tepat. Periksa barang yang nak beli elok-elok. Jangan tergesa-gesa nak beli. Takutnya bila balik rumah baru perasan yang barang tu ada defect yang jelas nampak.
  • Kalau rasa banyak sangat barang nak beli, cuba kumpul duit gaji sikit-sikit. Jangan seronok sangat guna kad kredit tu. Buat senarai barang apa yang kita teringin sangat nak beli tu.
  • Beli satu barang yang kita nak sangat tu setiap bulan. Tapi pastikan belanja bulanan kita selesai & makan minum harian tu mencukupi baru boleh beli tau.

Sekian perkongsian daripada Hana. Harap kita dapat aplikasikan dalam kehidupan harian.... Hamboi... Skemanya ayat. Oh, Tips ni bukan je untuk musim perayaan tau, setiap bulan pun mesti gunakan.

Haa... Kalau ada sesiapa nak tambah, sila bagitahu ye. Nanti Hana tambahkan. Yang baik kita kena share. Kan sharing is caring.









No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.