Wednesday, May 20, 2015

Tambat Hati Suami?

Assalamualaikum & Hi

Pernah tak kita rasa nak lebih cantik di rumah berbanding apabila keluar rumah?

Sering kali kita disogokkan dengan nak cantik, langsing, ramping, putih gebu, wangi apabila nak keluar dari rumah.

Sedangkan dalam agama Islam, kita disuruh untuk tampil cantik, langsing, ramping, putih gebu, wangi di rumah berbanding di luar rumah. Terutamanya bagi yang sudah bersuami. Mencantikkan diri hanya untuk suami.

Ya, memang betul. Tetapi bukanlah pula disuruh pakai pakaian carik, compang camping, selekah teruk apabila keluar rumah. Masih tetap kena jaga penampilan. Tidaklah terlalu cantik, tidak juga terlalu teruk.

Tambatlah hati suami mu dengan bentuk tubuh yang menarik, cantik, ramping, langsing, putih gebu, wangi. Ada juga suami yang cakap dia tak kisah isteri gemuk, tak cantik macam model & seumpamanya. Dan pastinya tidak menjadi kesalahan jika kita mencantikkan diri untuk suami tercinta.

Tanamkan dalam diri untuk sentiasa tampil cantik dihadapan suami. Agar dihatinya hanya kita, tidak memandang wanita lain yang tidak sepatutnya.

Suami pun pastinya rasa gembira & senang hati apabila melihat si isteri cantik menarik di rumah.

Lebih sweet lagi kalau suami yang tolong cantik kan isteri. Belikan korset, belikan alat mekap, belikan baju cantik + menarik, belikan wangi-wangian..

Ada pulak suami yang cakap..

"Orang lelaki ni manalah tahu apa yang sesuai untuk isteri,"

"Ish, tak pandai lah nak pilih,"

Hah.. Apa susah cik Abang semua.. Bagi duit, bawa isteri pergi beli sama-sama. Suruh dia cuba, awak puas hati, isteri lagi suka hati. Isteri kalau tak berkenan dengan pilihan suami, terima saja lah. Dah orang bagi kan.. Lagi pun dia yang nak pandang awak.. Biarlah dia pilih.

Tak rugi melabur untuk isteri, dapat pahala kan selagi ianya tidak berdosa?

Jadi, yang isteri marilah kita cantikkan diri untuk suami, suami berilah sokongan untuk isteri. Sokongan moral, Wang ringgit @ apa saja yang sepatutnya.. Barulah aman bahagia..

Tak begitu cik Abang & cik kakak semua?

Selain ramping, cantik, wangi, putih gebu & seumpamanya ni.. Haruslah juga menjaga ketaatan, menjaga semuanya yang berkaitan suami dengan sebaik-baiknya.

Apa yang diperkatakan dalam entri ini hanyalah salah satu cara bagaimana kita dapat menambat hati suami. Jangan pula yang lain diabaikan.

Akak semua jangan pula bila dah kurus, terus bertukar seksi di luar rumah, dah tak mahu menutup aurat, tak mahu taat kepada suami. Ingat pesan hana yang di atas tadi..

Psst.. Kalau nak dapatkan Premium Beautiful secara ansuran, do pm me a.s.a.p tau! Tengah ada rebate ni, baik bertindak cepat. Rebate pulak ada 2.. Nak RM150 ke RM350?

Pilih cepat.

Sekian dulu.. Salam sayang peluk cium untuk cik akak semua..

Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com

Thursday, April 16, 2015

Bersawang Habis

Assalamualaikum & Hi

Lama pulak tak update blog. Rindu tau. Macam-macam nak cerita. Tapi.....

Ada pulak tapi, tapi nya tu.. 

Blog now under maintainance. Bersawang habis dah blog. Now tengah settle kan few things berkenaan blog. Harap maaf if tak jumpa cari apa-apa maklumat yang diperlukan ye. 

Kalau ada sebarang kemusykilan, boleh terus whatsApps/Telegram, SMS, Email pun boleh. +6011-26438515. Jangan malu jangan segan.

Sorry sangat tau semua..

Sunday, March 22, 2015

Set Kurus Bajet + PB

Assalamualaikum & Hi

Today nak share tentang our Set Kurus Bajet + Premium Beautiful Corset.

Bayangkan bagaimana perasaan you all bila dapat capai target weight yang diidamkan?

You rasa you patut rasa macam mana? Mesti rasa super duper excited..

This is my experience. I never experience of increasing in weight yang terlebih-lebih. Ingat lagi masa sekolah menengah dulu berat badan 35kg - 38kg je. Masa tu teringin nak berat 40kg above.. Start study di kolej, berat badan pun slowly increased sampai 40kg something. Then after married my weight start increased lagi sampai la sekarang 48kg.

Yang paling terkejut & mengejutkan... Berat timbangan masa keluar dari hospital kes bronchitis on January this year, my weight turn 53kg.. Wooo... INI sangat tak best okey.

Side effect ubat, yang make me more gemok, gemok & gemok.. Tak best tau, kembang, bulat... Sedih tengok diri sendiri.

Terus la amalkan sendiri set kurus bajet ni. And after about a month, my weight dah mula turun. Now kalau makan terlebih banyak pun, my weight capai 50kg saja. Kalau tak makan dapatlah 48kg.

Disamping tu, kenalah pakai PB & do some exercise. Barulah result lebih memberangsangkan.

Now my target nak cuba dapatkan berat badan dalam 45 kg.. Agak-agak boleh dapat tak? Kalau orang lain boleh, why not kita? Kan?

Since gunakan Set Kurus Bajet & pakai PB ni, kuantiti makanan dapat dikawal. So, tak adalah rasa nak makan dua pinggan sekali hadap..

Walau sesenduk nasi pun dah terasa cukup banyak. Ada masa dikurangkan lagi kuantiti nasi kepada 1/2 Dari sesenduk tadi. Tapi lauk makan banyak. Hehee..

Kami ada Geng Diet TDC. Nak join? Nak tahu how it could help in weight lose, just text me, I'm willing to help. (^_^)

Let's join us & be healthy & beutiful...

With love,
-Hana, +6011-26438515-


Thursday, February 12, 2015

Tips Mudah Kawal Nafsu Makan

Assalamualaikum & Hi

Ada sesiapa yang tengah berdiet sekarang? You all faham tak macam mana cara diet yang betul?

Diet untuk menurunkan berat badan ni bukan bermakna kita kena skip our meal. Contoh bila kita diajak makan, kita cakap..

"tak nak lah. i tengah diet ni,"

Kita tak perlu skip meal, cuma kita kena tukar menu. Lagi pun cuba perhatikan amalan pemakanan harian kita. Makanan harian kita banyak yang tidak berkhasiat. Berminyak, tinggi kolesterol, tinggi gula & garam. Betul tak?

Eh, dah merepek pula kan.. Let's see what was the tips.

1. Minum Air Mineral 
Minum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. 


2. Makan  Dalam Kuantiti Yang Kecil
Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti yang banyak.


3. Jangan Lewatkan Waktu Makan
Kita haruslah makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ianya akan menyebabkan kita berasa sangat lapar & membuatkan anda makan dengan banyak.

4. Lebihkan Serat Dalam Menu Makan 
Serat akan membuatkan kita berasa kenyang & secara tidak langsung akan mengurangkan selera kita untuk makan.




5. Makan Secara Perlahan
Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit.

Haa.. Semoga tips ini dapat membantu kita semua yang sedang berusaha nak menurunkan berat badan. Yang penting kena latih diri untuk berdisiplin. Terutamanya yang nombor satu tu kan.. memang kita payah nak buat. Tapi kena juga buat. Bukan untuk sesiapa.. Untuk diri kita sendiri juga.

Kalau pakai Premium Beautiful, ianya membantu kita untuk mengawal jumlah makanan yang diambil. Jadi, tidaklah kita makan macam 10 hari tak makan sekali hadap. Ini tak kata orang lain, Hana sendiri pun macam tu. Bila ada PB barulah terkawal sikit.

Oh ya.. Dapatkan juga Set Kurus Bajet untuk membantu menurunkan berat badan dengan selamat & berkesan.

Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com

Friday, February 6, 2015

Cabaran Kurus, Apa Cerita?

Assalamualaikum & Hi

Lama la pulak tak update blog. Eh, cabaran kurus kita tu apa cerita?

Hehehee..

Maaf le tak rajin pulak nak update hari-hari sebab menu sama ja. You all pun bosan nak baca kan. Sama ja hari-hari..

Jadi Hana buat keputusan, stop setakat day 3 ja. Eh, bukanlah stop cabaran tu.. Uish.. Cabaran tu tak boleh stop kawan.. Mesti nak kena teruskan. Cuma berhenti update Kat blog & social media ja.

Last week Hana dah start kerja. And of course agak sibuk jugak di ward. Ramai patient. Tapi nafsu makan ni tetaplah tak kurang. Hehee..

Cuma dengan bantuan PB tu, dapatlah. kawal sikit. Bila rasa ketat perut tu, terus stop. And kombinasi set kurus bajet jugak membantu melawaskan sistem pencernaan. Wee.. (^_^)

Ni nak mengkhabarkan sikit...

Hari ni timbang dah tinggal 49kg!!! OK la tu kan.. Consumed about 3 weeks... Suka la... Lagi semangat nak teruskan cabaran kurus ni.