Saturday, April 12, 2014

Tidur yang Berkualiti

Assalamualaikum & Hi

Kurang rehat & tidur akan menyebabkan badan letih, tidak bertenaga. Minda pun tak dapat berfikir dengan baik. Kebolehan untuk membuat keputusan yang terbaik pun akan terganggu.

Bila kurang rehat & tidur, mulalah badan nak dapat penyakit. Macam mana nak dapatkan tidur & rehat yang cukup?

Tidur 8 jam sehari?

Kebanyakan fakta mengatakan tidur selama 8 jam sehari adalah tipsnya.

"Tapi... Saya sibuk seharian. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Adakalanya kena kerja hingga pukul 2-3 pagi. Kemudian masuk semula bekerja waktu biasa."

"Bagaimana?"

"Saya dah tidur 8 jam sehari. Malah lebih daripada itu. Tapi masih rasa letih & tak bertenaga. Selalu rasa tak bersemangat nak memulakan hari."

"Apa lagi yang perlu dibuat?"

Bio Velocity Sleep Mate boleh bantu.

• menggalakkan peredaran darah & memperkuatkan fungsi jantung
• meningkatkan kadar oksigen dalam darah, mengaktifkan fungsi sel, meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan keupayaan penyembuhan sel
• meningkatkan aura tubuh manusia & kecergasa, melegakan kepenatan & lebih bersemangat.
• menstabilkan emosi & menghilangkan tekanan
• mengurangkan kesan negatif radiasi elektromagnetik

Kepentingan tidur & rehat yang cukup & berkualiti amat penting.

Hana +6011-26438515

 KLIK 


Posted via Blogaway

Friday, April 11, 2014

Menternak Lemak

Assalamualaikum & Hi

Terasa lapar sekarang.

Tapi tak tahu apa nak makan. Tak nak makan nasi. Hurmm.. Teringat semalam.. Makan burger pagi buta.

Pukul 3 pagi makan burger. Adoi.. Kalau kerja night syift memang akan ada sesi menternak lemak.

Tak boleh la. Kalau night duty perut ni tak tahan. Rasa lapar sangat. Kalau duduk rumah tak ada la nak makan sangat pun. Biasa saja. Kenapa entah..

Ni nak makan apa pulak ni..?


Posted via Blogaway

Kerja Lebih Masa Merosakkan Jantung.

Assalamualaikum & Hi

Sepanjang menjalankan tugas, banyak juga kes penyakit jantung yang Hana jumpa seperti...

Beliau tidak mempunyai sejarah keluarga yang ada penyakit jantung, kencing manis @ darah tinggi. Makanan juga dijaga serta mengamalkan senaman yang sihat (mengamalkan gaya hidup sihat). Tetapi mendapat penyakit jantung. Beliau hairan & tertanya-tanya kenapa boleh jadi begitu.

Sebenarnya zaman sekarang ni, penyakit jantung bukan sahaja diperoleh secara keturunan, makanan/amalan hidup tidak sihat.. Malah stress @ tekanan juga boleh mengakibatkan seseorang itu terdedah dengan penyakit jantung.

Bagaimana seseorang boleh mendapat serangan jantung?

1. Salur darah arteri di jantung mengalami sumbatan lemak. Mengakibatkan bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi --> jantung terhenti.

2. Stress @ Tekanan. Seseorang yang mengalami tekanan akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat. Kemudian menyebabkan tekanan darah naik. Lama kelamaan jantung menjadi lemah & berhenti berdenyut, boleh mendapat serangan jantung & stroke.

3. Bekerja lebih masa juga menyebabkan seseorang rasa tertekan. Seterusnya mengakibatkan masalah seperti disebutkan(di atas).

Sebenarnya tidak bagus jika terlalu kerap bekerja lebih masa. Badan menjadi letih, otak pun tak dapat berfikir dengan baik. Minda tak dapat membuat keputusan yang baik. Malah akan turut menjejaskan aktiviti harian.

Kita tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jadi ia akan memberikan pandangan + impak yang negatif kepada diri kira & organisasi.

Setuju tak?


Posted via Blogaway

Hasil Kreatif

Assalamualaikum & Hi

Ingat tak entri sebelum ni pasal belikan plastesin untuk si kecik tu?

Since balik dari kedai sampai ke hari ni, macam-macam dah dibuatnya dengan benda alah tu.

Abahnya pun cakap...

'Apih nak jadi engineer ke..?'

Hurmm.. Boleh jadi kot. Hehee... Dia buat bangunan terbakar la, kereta la.. Banyak idea nampaknya. Reka cipta, daya imaginasi pun tinggi.

raksaksa mata, raksaksa bola, burger -kuat betul pengaruh ultraman tu..

Entry sebelum ni.. SINI 


Posted via Blogaway

Sunday, April 6, 2014

Ninja Burger @ Burger King

Assalamualaikum & Hi

29 March 2014

Lepas selesai tampal gigi.. En. Suami ajak pula makan di Burger King. Teringin nak makan Ninja Burger katanya. Alahai abang.. I baru ja tampal gigi. Tak apa lah. 

Sedap juga. Boleh la makan lagi. 


Boleh la sesiapa nak cuba tu.

Our choice..

Tu dia.. Belum sempat 1 jam siap tampal gigi, dah makan burger.


Pesanan Penaja : Sila jaga gigi anda. (^-^)