Assalamualaikum & Hi
Sepanjang menjalankan tugas, banyak juga kes penyakit jantung yang Hana jumpa seperti...
Beliau tidak mempunyai sejarah keluarga yang ada penyakit jantung, kencing manis @ darah tinggi. Makanan juga dijaga serta mengamalkan senaman yang sihat (mengamalkan gaya hidup sihat). Tetapi mendapat penyakit jantung. Beliau hairan & tertanya-tanya kenapa boleh jadi begitu.
Sebenarnya zaman sekarang ni, penyakit jantung bukan sahaja diperoleh secara keturunan, makanan/amalan hidup tidak sihat.. Malah stress @ tekanan juga boleh mengakibatkan seseorang itu terdedah dengan penyakit jantung.
Bagaimana seseorang boleh mendapat serangan jantung?
1. Salur darah arteri di jantung mengalami sumbatan lemak. Mengakibatkan bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi --> jantung terhenti.
2. Stress @ Tekanan. Seseorang yang mengalami tekanan akan menyebabkan jantung bekerja lebih kuat. Kemudian menyebabkan tekanan darah naik. Lama kelamaan jantung menjadi lemah & berhenti berdenyut, boleh mendapat serangan jantung & stroke.
3. Bekerja lebih masa juga menyebabkan seseorang rasa tertekan. Seterusnya mengakibatkan masalah seperti disebutkan(di atas).
Sebenarnya tidak bagus jika terlalu kerap bekerja lebih masa. Badan menjadi letih, otak pun tak dapat berfikir dengan baik. Minda tak dapat membuat keputusan yang baik. Malah akan turut menjejaskan aktiviti harian.
Kita tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jadi ia akan memberikan pandangan + impak yang negatif kepada diri kira & organisasi.
Setuju tak?
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.