Monday, July 7, 2014

What its Mean?

Assalamualaikum & Hi

Kisah ni berlaku pada pukul 5 pagi tadi. Seorang pesakit non-muslim memanggil nurse kerana berasa kurang selesa seperti sesak nafas katanya..

Setelah semua intervensi perawatan dilakukan kepada beliau, akhirnya beliau kembali rasa lebih baik daripada keadaan sesak nafas tadi.

Sambil memerhatikan keadaan beliau, tiba-tiba Hana diterjah dengan persoalan yang tak terjangka daripada beliau.

Ada satu papan tanda bertulisan jawi, berbahasa arab & maksudnya dalam bahasa melayu. Perkataan 'la ila haillallah'...

She asked,

"What its mean? I read it everyday but I dont know what its mean.."

Beliau menuding jari ke arah papan tanda tersebut yang terletak di dinding di hadapan beliau sambil bertanya apakah maksud perkataan itu.

Hana yang khusyuk memerhatikan keadaan beliau serta iv drip yang sedang menitis jadi tersentak dengan pertanyaan tu. Then Hana pun menyusun ayat.

Apa benda, macam mana nak bagitahu dia maksud perkataan yang dia tanyakan tu. Otak tak dapat nak translate perkataan 'sembah'..

Yang hanya terlintas perkataan..

"There no God to trust except Allaah.."

Boleh ke bagitahu macam tu? Menjadi satu kesalahan tak? Betul-betul tak dapat nak translate perktaan 'sembah' tu..

Beliau turut bertanya, adakah Hana sudah bersahur? Kerana dia diberitahu bulan ini bulan ramadhan. Orang muslim akan berpuasa tidak makan & minum siang hari.

Semalam pulak, kawan-kawan cerita... Beliau ada bertanya yang mereka faham hanya perkataan 'singing'. Selepas diulang tanya barulah faham apa yang ditanya oleh beliau..

"A man singing?"

Rupanya merujuk kepada AZAN. Di hospital tempat Hana kerja akan ada seseorang yang melaungkan azan bila masuk waktu solat. Kemudian mereka pun terangkan kepada beliau.

Esok lusa tak tahu apa pula soalan akan diajukan. Jika berkenaan agama islam, mudah-mudahan kami dapat memberikan penerangan yang jelas kepada beliau. Didoakan juga mudah-mudahan beliau mendapat hidayah daripada Allaah SWT dan memeluk islam.. Ameen..


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.