Friday, October 3, 2014

FAQ : Nurich Lacto-Lite

Assalamualaikum & Hi




FAQ (frequently ask question) berkenaan Lacto-Lite.

Apakah Lacto-Lite?

Nurich Lacto-Lite merupakan minuman yang berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup & Inulin. 

Ianya simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probioyik (bakteria baik) & prebiotik (makanan bakteria baik-inulin), seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria baik dalam badan manusia.

Bakteria baik & inulin ini tidak akan dirosakkan oleh asid perut & garam hempedu. Ia terus memasuki & melekat pada membran lendir usus perut untuk bertindak. 

Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak & mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. 

Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut & usus kekal sihat & meningkatkan daya keimunan badan. 

Apakah Probiotik?

Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.


Apakah Prebiotik?

Prebiotik umumnya makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan & mengaktifkan kumpulan bakteria baik tertentu. 

Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik & meningkatkan keaktifan probiotik.

Ia membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus & Bifidus.


Apakah Inulin?

Merupakan serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya serat larut dalam air, disamping ianya merupakan makanan untuk bakteria baik dalam saluran usus. 

Serat larut dalam air membantu menyelaraskan kandungan kolesterol serum & tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan & meringankan bebanan hati.


Perbezaan Yogurt lain berbanding Nurich Lacto-Lite?

Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan) supaya bakteria tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut & garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, seterusnya menggugat keberkesanannya.

Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?

Boleh diminum oleh semua golongan usia terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit & mereka yang sentiasa menjaga kesihatan & mengamalkan gaya hidup sihat.

Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran & kelulusan Negara?

Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu ia juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognised As Safe)

Ramuan Istimewa

Kumpulan Lactobacillus, Inulin


Keberkesanan

  • Mengurangkan bahan fermentasi beracun & penghasilan bakteria berbahaya
  • Menyekat patogen & ciri-birit
  • Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan enzim bakteria berbahaya
  • Meningkatkan daya imunisasi badan
  • Menggiatkan sintesis nutrien makanan
  • Merangsangkan penyerapan nutrisi dalam usus

Cara Pengambilan

Campurkan 1 bungkus Nurich Lacto-Lite ke dalam 200ml air bersuhu bilik, jus buah-buahan @ minuman lain, 2 kali sehari (pagi & malam).




Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com





No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.