Wednesday, April 23, 2014

Akibat Nak Cepat Cantik!

Assalamualaikum & Hi

Sorry dah lama tak post apa-apa..

Today Hana nak share pengalaman seorang ni. Namanya terpaksa dirahsiakan. Kesian sangat. Akibat nak cantik, sakit yang dapat.

Ni kisah benar tau. Bukan rekaan semata-mata.

" Saya nak kongsi kisah benar, pengalaman saya sendiri. Kisah ini bukan rekaan untuk menjatuhkan sesiapa. Tapi sekadar nasihat & peringatan untuk diri sendiri & semua juga.

Minggu lepas, saya ada cuba satu produk pencerahan kulit. Percubaan ini adalah akibat terpengaruh dengan seorang kenalan lama. Tengok wajahnya yang cerah, glowing.. Saya rasa saya pun nak juga macam dia. Bila dia up status siapa nak tahu macam mana nak dapatkan kulit cerah macam dia, ramai yang komen. Saya pun tak ketinggalan. Tapi lepas 3 kali komen barulah dia reply.

Saya confirmkan dengan dia, tak jadi mengelupas kulit ke? Saya tak suka mengelupas ni. Katanya dia pun tak guna kalau mengelupas. Dia pakai tak jadi pape masalah katanya. Jadi saya pun setuju nak cuba.

Saya rasa baru 2-3 hari gunakan.. Rasa lain macam pada muka saya. Rasa macam tebal, macam kering. Bila saya tengok cermin.. MasyaAllaah. Terkejut betul. Dah mengelupas pun. Tak cukup dengan itu, mula MERAH + PEDIH. Lepas tu ramai yang tegur, kenapa muka nampak merah. Sunburn ke? Aduh.. Dari jauh pun orang dah nampak. 

Saya gunakan kembali produk yang sedia ada (yang saya pakai sebelum saya saya cuba produk baru tu). Bila sapu moisturiser cream, pedihnya Ya Allaah, macam kena bakar! Pernah awak alami luka pada kulit. Bila kena air, tau kan macam mana rasa pedih tu?

Seterusnya tak tahan sangat, saya sapu pula VCO pada muka. Alhamdulillah, dua tiga hari kemudian dah beransur pulih. Syukurlah. Saya rasa menyesal. Sebelum ni pernah juga saya gunakan sabun lain-lain. Tapi tak pernah sampai melukakan kulit muka saya sampai begini. 

Saya serik. Itu yang mampu saya katakan. Untuk produk pemutihan macam tu memang rasanya itulah yang terakhir. Lebih baik tak mendapat apa-apa perubahan daripada menanggung sakit. "

Haa.. Macam mana? Tak takut ke kawan-kawan? Bayangkan kalau beliau terus gunakan. Ada dua kemungkinan yang memungkinkan. hehee.. Mungkin kulit beliau makin teruk, terpaksa jumpa pakar kulit @ Mungkin kulit beliau jadi seperti kenalan lama dia selepas terpaksa menanggung sakit. 

Kalau Hana, memang cukuplah setakat itu. Tak beranilah. Biarlah tak cantik daripada dapat sakit. Tak sanggup Hana. 

Tapi bagi kawan-kawan yang nak turunkan berat badan dengan cara selamat, nak dapatkan kulit cantik yang menyeluruh dengan selamat... Contact Hana. Kami ada cara yang selamat untuk bantu anda. 

Hana
+6011-26438515 
(LINE/WhatsApp/WeChat/SMS)



No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.