Sunday, April 6, 2014

Dating With Loves!

Assalamualaikum & Hi

Today kerja pagi. Balik kerja ajak la En. Suami pergi kedai buku 'Popular'.

Motif..???

Cari stationary. Kali ni tak beli pen dah. Beli 'mak nenek' lain pulak. Hehee... Seronok nak merayap saja sebenarnya. Weekend kan.. Saja la nak makan angin..

Makan angin? Depan kipas pun boleh. Nganga mulut luas-luas sambil telan angin. Hehee...

Okey.. Gurau saja. (^_^)v

Di kedai buku, beli :
• pensil
• pemadam
• stapler
• highlight
• plastesin

Plastesin tu apa nak buat? Tunggu next entry ya..


Posted via Blogaway

Saturday, April 5, 2014

Klinik Pergigian Mama

Assalamualaikum & Hi

29 March 2014

Akibat tak tahan dengan gigi yang sakit akibat berlubang.... Sampailah hari ni Hana di sini.

First time datang sini. Klinik Pergigian Mama ni tak nampak macam klinik pun kalau dilihat dari luarannya. Kalau tak ada banner/board di luar, memang tak tahu la. Betul ke tak ni klinik ni?

Tapi memang cantik la bahagian dalam klinik. Macam rumah orang. Kalau tengok sendiri memang cantik. Lagi pun memang dibuat daripada rumah teres banglo tau.. Rumah 2 tingkat. Bukan bangunan kedai.

Rupanya nak datang klinik ni kena buat temujanji dulu. Mana la i tau. Ingatkan mcam klinik lain yang biasa-biasa tu. Rupanya bila tengok sejeling di buku temujanji tu, perghh!!! Penuh dari tarikh yang ada di muka surat tu ke tarikh di muka surat sebelahnya.

Okey dah tahu. Next time kalau datang kenalah buat temujanji dulu. Memandangkan dah ada dua temujanji pada waktu tu, maka kenalah tunggu. Andainya pesakit yang temujanji kedua tu lambat datang, barulah Hana akan dipanggil.

Sepanjang menunggu tu, habis teropong 1 klinik. Memang rasa tenang duduk menunggu dalam klinik. Ada kolam air kecil, tenang bunyinya. Ada aircond. Seronok la.

Harga berpatutan dengan keselesaan premis mereka.

Macam dalam rumah orang kan?

Sofa bukan main cantik 

Kolam kecil. Si kecik ni pun suka suasana dalam premis

'Carpet' bulu-bulu

Hiasan yang cantik

Sangat suka kan suasana dalam klinik ni



 Semua di 'try' nya..




Lai..Lai..Lai...

Di dalam tu lah tempat buat prosedur


Senarai harga perkhidmatan.. Sorry la tak perasan yang pic. tak clear.


Cantik kan?

Mama Dental Clinic 
'The Smile Studio'
K-36, 222-C
Jalan Bayam
15200 Kota Bharu 
Kelantan
Tel.: 09-7444849 / 019-9843772
FB : Klinik Pergigian Mama


Friday, April 4, 2014

Kebetulan @ Dirancang?

Assalamualaikum & Hi

Sebenarnya pada hari majlis pertunangan adk ipar, keluar sahaja dari bilik masing-masing...

Eh, pakai purple juga? 

Hana pakai baju warna purple, suami pun Hana 'pakaikan' baju melayu warna purple. My MIL juga pakai purple. Abang ipar dengan biras pun pakai warna purple. 

Sebenarnya tak rancang pun. Kebetulan sahaja. Masing-masing hati tergerak untuk pakai warna purple.

Selfie lagi....

Tu yang pakai purple jugak tu.. Biras. Yang pakai serkup kepala sahaja tu my MIL

Oppss...Terlebih sudah...

My Hubby & abang beliau..

Thursday, April 3, 2014

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum & Hi

Okey, today is the day..

Selamatlah sudah menjadi tunangan orang. Pejam celik pejam celik sekejap saja tempoh masa ikatan. Malas nak cerita panjang.. Jom tengok pic. lah..

Eh, siapa yang bertunang ni?

Nak tahu siapa? Jom layan pic. ...


Ingatkan nak pakai turqoise. Tapi hati tergerak nak pakai purple..


Selfie sat...

Sebahagian barang hantaran

Rombongan pihak lelaki

 Tak ingat ini sebelum ke selepas makan..

Selamatlah menjadi tunangan orang..

Pihak lelaki disarungkan cincin oleh abang sulung pihak perempuan..


Adik ipar...


Selamat bertunang..(^_^)

Ermm.. Gambar bersama @ gambar pihak lelaki biarlah tak ambil dulu. Hehee.. Nanti time menikah + sanding kita tayang banyak-banyak ya.





Gotong-Royong

Assalamualaikum & Hi

28 March 2014

Hari ni adalah harinya. Ada lagi beberapa saudara mara my MIL datang membantu. Bergotong-royong memasak bersama.

Menunya gulai daging, ayam masak merah, sambal belacan, acar. Semuanya sedap!

Tak sabar nak makan ni. Perut pun dah berdondang sayang.

Seronok bila buat ramai-ramai. Bila bergotong royong ni dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan juga.

Jom tengok gambar pula..


Tukang Masak 

Ayam digoreng

Kaum lelaki


My Biras.. Hehee..