Thursday, April 3, 2014

Preparation For Event Next Day

Assalamualaikum & Hi

27 March 2014

Today kami bergotong-royang buat persediaan untuk majlis esok.

Sebenarnya seorang saja tukang masak. Memang berpengalaman menyediakan juadah untuk makan beramai-ramai. Dan sedap juga.

Beliau adalah ipar kepada my mother in law. Beliau juga pandai menjahit. Cantik tengok jubah yang dia jahit untuk my MIL.

Eh, lari tajuk. Hehehee..

Hana tolong tengok saja. Hehee.. Tak tahu sangat apa nak buat. So decide la tolong potong-potong bawang, blender bawang & perkakas seumpamanya.

Lepas tu bila dah redup cuaca. Lepak sekejap bawah pokok mangga. Terliur betul tengok buah mangga tu haa.. 

barang keperluan

Kemudian ada biras juga membantu. Sepanjang membantu, tukang masak ada share tips memasak. Seronok pula rasa.

Terliur tengok buah mangga ni haa..

Menikmati suasana petang di laman rumah

(^_^)

 Macam bibik je.. Bibik pun pakai lagi cantik tau.. Tukang masak pun pakai jubah kemain cantik bila memasak / duduk di rumah sahaja. Okey, i terasa. Lepas ni misi mencari baju yang vogue the vas walaupun hanya duduk di rumah.

Tengok layang-layang melayang di udara..


Dah penat di dapur, keluar ke laman rumah. Rehat di bawah pokok mangga. Tengok budak-budak main layang-layang dari jauh. Angin bertiup lembut. Seronoknya..


Wednesday, April 2, 2014

Terkandas!

Assalamualaikum & Hi

Sebenarnya Hana ada banyak nak share dengan bloggers & readers tentang banyak perkara sepanjang minggu lepas. 

Minggu lepas kan bercuti.. Heheheee..

Hana akan update one by one & susun semuanya supaya cantik & sedap dibaca. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah & baca entri-entri di blog tak seberapa ni.

Monday, March 31, 2014

Keropok Kelantan Mari

Assalamualaikum & Hi

Hari ni bercadang nak buat ayam goreng madu. Walaupun baru tadi baca artikel mengenai bahaya garam + makanan bergoreng.. Tetap jugak nak makan ye.. Ish.. Cari penyakit betul.

Tak apa, nanti kena minum GARAM BULUH tak pun mineral coffee yang ada GARAM BULUH. In sha Allaah.. Nanti akan di'alkali'kan semula asid dalam badan.

Sementara tunggu ayam diperap, kudap la dulu. Semalam sibuk belikan keropok losong untuk kawan-kawan yang pesan. Sekali terlupa beli untuk diri sendiri. Hanya keropok keping ni je la yang ada. Ni pun sebab my MIL yang beli sebelum bertolak balik & yang diberi oleh mak saudara kami.

*Resepi ayam goreng madu kemudian ye.. Hehee.. (^^,)


Posted via Blogaway

Thursday, March 27, 2014

Solat Hajat + Makan-Makan

Assalamualaikum & Hi

Agak penat jugak la today. Walaupun tak ada buat apa sangat pun. Tolong potong bawang, basuh pinggan mangkuk saja pun boleh tahan la. Heheee..*nak tunjuk rajin kononnya..

Walaupun macam agak penat, tapi best.. Tukang masak rajin share petua memasak & tips sediakan juadah.

Macam-macam buat petang ni. Nasib baik baiki kipas. Kalau tidak jenuh la panas para jemaah. Lepas tu dok selfie seorang diri bawah pokok mangga. Nak lepaskan penat lelah. Tehee... Konon macam tukang masak.
Selesai malam ni. Esok pulak.


Posted via Blogaway

Testimoni | Premium Beautiful : Kurus

Assalamualaikum & Hi

Cerita ni beberapa hari lepas. Tapi baru nak update. Heee... Agak-agak basi tak?

Few days ago jumpa my aunty masa dia datang jemput my cousin yang baru habis study tu.

My aunty tegur la. Nampak kurus. Sakit ke.. Hari tu katanya nampak gemuk.

Tak ada lah maksu. Sihat dah. Ni semua kes pakai Premium Beautiful la. Before ni memang Hana berisi jugak. Bagi maksu & my mum dah gemuk la. Sebab before ni masa anak dara memang jenis kurus.

Makan la apa pun. Badan tak naik. Tu yang best, makan apa saja. But since lepas kawen ni, kena la jaga makan. Cepat pulak badan naik. Huhuu...

Pantang badan naik mesti maksu & mak akan tegur nasihat kena jaga makan la jaga badan la.

Premium Beautiful ni boleh reshape badan kita. Walaupun kamu big size, bila pakai PB akan terus nampak shape & kemas. Ini betul, tak tipu tau. 'Hilang' lemak-lemak yang tak diingini.

Kalau pakai konsisten, berat badan akan turun. Dapatlah langsing menawan. Baju lama pun boleh pakai balik tau. Ramai yang puas hati. Ada tu lepas try je terus tak nak buka dah sebab rasa selesa + seronok.

Kembang kempis hidung kami bila dengar maksu cakap macam tu. Heee... (^^,)
Siapa la yang tak suka kalau dulu nampak gemuk lepas tu now ada yang tegur kata kurus... Kan???


Posted via Blogaway