Thursday, January 30, 2014

Lego oh Lego!

Assalamualaikum & Hi

Lepas balik daripada COD Mineral Coffee untuk ex-colleague, singgah Plaza TAR. Saja pusing-pusing. Dah lama tak ronda kat situ. Ingat nak beli sesuatu untuk si manja.

Pusing-pusing jumpa lego. Memandangkan si manja tu suka sangat dengan lego.. Hana pun beli la untuk dia. Harga pun murah sangat. Dan sesuai la untuk kanak-kanak umur 6 tahun. Not so complicated nak bina.

3 dah siap.. Tinggal lagi satu. Sambil tolong anak bina lego dia, sambil mama update blog, sambil mama reply order customer.. Oh indahnya..

Seronok kalau hari-hari macam ni. Freedom of time, freedom of money. Freedom with family. Tak lama lagi nak jadi fulltime mumpreneur/GLAMpreneur...

Want to be a part of GLAMpreneur... Contact me A.S.A.P! Now boleh start with LOW CAPITAL... Selain berpeluang dapat melancong percuma, dapat BONUS juga... Jangan lepaskannya, rugi kalau tak grab now!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tayar Jatuh Lubang! What To Do?

Assalamualaikum & Hi

Hari ni COD Mineral Coffee to ex-colleague di KPJ Damansara Specialist. Nak dijadikan cerita.. Something bad happened to me..

Tayar kereta jatuh dalam lubang. Mujurlah lubang tu kecil. Tapi kecil-kecil pun nak reverse balik memang payah. Bahagian bawah dah tersangkut. Time tu teringat nak call Produa Assist je.

Masa tengah call, ada seorang hamba Allaah berhenti bertanya kenapa. Kemudian beliau berlalu pergi. Dalam hati sangat berharap agar beliau datang membantu. Kemudian dalam kecemasan tu, ternampak jugak sebuah lagi kereta berhenti & bertanya..

Hamba Allaah yang berlalu pergi tadi, datang semula. Alhamdulillah.. Lepas mereka berbincang, datang seorang lagi hamba Allaah turut sama bantu angkat sedikit bahagian yang tersangkut dalam lubang tu.

At that time dalam hati ni, hanya Allaah SWT yang tahu apa rasanya. Menggelabah macam orang meroyan. Nak menangis pun ada. Memang sangat bersyukur!

Mudah-mudahan 3 orang hamba Allaah yang bantu Hana tadi dirahmati Allaah hendaknya. Semoga urusan mereka hari ini dipermudahkanNya. Semoga mereka terus berbuat baik kepada semua orang sepanjang kehidupan & Allaah berkati kehidupan mereka.  Ameen...

Lain kali kena alert dengan persekitaran walau apa keadaan sekali pun. Dan... Jangan lupa bantu orang yang dalam kesusahan walau sekecil mana @ sebesar mana pun kesusahan yang mereka alami. Peringatan mesra untuk orang lain juga.

***no any picture available. sibuk fikir what to do, who may help.

Terdedah Radiasi? Bagaimana Mencegahnya?

Assalamualaikum & Hi

Nowadays ramai antara kita yang sangat terdedah kepada radiasi.. Dari mana ya datangnya radiasi tu? Yang selalu kita tahu, orang yang paling tinggi peratusannya terdedah kepada radiasi ialah mereka yang bekerja sebagai Juru X-Ray. Kan?

Tapi.. Sedarkah anda sebenarnya kita semua yang mana merupakan pengguna alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit, televisyen & seumpamanya adalah individu yang turut sama masuk dalam golongan yang tinggi bilangannya terdedah kepada radiasi. Selain alatan elektronik, ada juga bahan kosmetik, minyak plumbum dan lain-lain lagi yang turut menyebabkan pembebasan radiasi.

Haa...Mungkin ada antara kita yang baru tahu ni haa..lepas baca entri ni. Terkejut? Takut? Risau?

Apa kesan radiasi terhadap manusia?

Berikut adalah antara kesan radiasi terhadap manusia.
* Rambut akan mengilang dengan cepat apabila terkena radiasi yang tinggi
* Merosakkan sel-sel saraf
* Merosakkan kelenjar tiroid kerana tiroid mengandungi iodin yang menyebabkan risiko tinggi terdedah kepada radioktif yang mengandungi iodin radioktif
* Menyebabkan kesan jangka panjang terhadap sistem peredaran seperti leukimia & limfoma
* Menyebabkan kemandulan jika terdedah terlalu lama

Jadi bagiamana nak elakkan diri daripada terdedah kepada radiasi kalau saya memang jenis bekerja yang berhadapan dengan radiasi? Selalu menghadap komputer, saya memang juru x-ray, selalu menggunakan telefon bimbit dan seumpamanya..?




Jangan risau.. Kita boleh ikhtiarkan untuk mengurangkan risiko terdedah kepada radiasi. 

Yang mana kita boleh elakkan, kita elakkanlah.. 

Anda tahu... 
Dengan tidur saja, dapat membantu mengurangkan kesan radiasi terhadap tubuh badan kita?
Nak tahu apa & bagiamana?
Tunggu next entri... See Yaa....

Wednesday, January 29, 2014

JJCM..!



Assalamualaikum & Hi

Lepas solat maghrib tadi, ajak En.Suami ke bank untuk settlekan payment. Lepas tu ingat nak ajak makan nasi arab.. Tapi En.Suami tak nak pulak..

Hana suggest la. Nak makan char kuey tiaw ke burger bakar.. Waahh... Gitu.. Malam-malam macam ni ajak makan burger.. Memang menternak lemak. Hehee..

Masa pusing-pusing area Jalan Taman Setiawangsa tu, nampak gerai jual char kuey tiaw then burger bakar.. Waahhh... Sungguh menggoda nafsu ku.. En.Suami pilih burger bakar.. Tapi selera ni.. Nak jugak merasa char kuey tiaw..

Lepas burger, ingatkan terus nak balik. Tapi dengan keperihatinannya yang tinggi.. Dibawanya isteri dia ni pusing sekali lagi untuk ke gerai char kuey tiaw tu.. Dalam hati I dah berbunga-bunga rose dah... Syok..
Char Kuey Tiaw kena makan terus. Kalau tidak kuahnya meresap ke dalam kuey tiaw, dah tak sedap.. So, terus Hana makan kat situ la. Then barulah rasa puas hati, boleh balik rumah. (^_^)

Esok tak tau nak makan apa pulak.. Yang pasti esok banyak destinasi nak dituju. Hopefully dipermudahkan semua urusan.. Ameen.. (",)

Oh sebelum terlupa.. Esok Hana akan berada di Petaling Jaya. Anyone nak tahu tentang bisnes our bisnes atau nak order Mineral Coffee/BB Plus Collagen, boleh contact Hana.

+6011-26438515

Posted via Blogaway

Peluang Menjana Pendapatan

Assalamualaikum & Hi

Today we got a good news to share!

Bagi yang berminat memulakan bisnes dengan modal rendah, mesti rebut peluang ni! Sangat rugi if tak grab it now!

Promosi untuk Bio Velocity Sleep Mate was extended! Beli 4 unit BVSM, dapatkan harga RM300 untuk unit ke-4. Berbaloi kan tu? Bagi Hana, ianya sangat berbaloi.

Bukan senang nak dapat promosi macam ni. Tambahan lagi berpeluang melancong percuma ke Shanghai.. Beri peluang kepada diri sendiri. Mana tahu kan, langkah ini akan merubah kehidupan anda kepada yang lebih baik.

Jangan takut untuk mencuba. Kita hana gagal bila berhenti mencuba @ tidak berani mencuba. Free coaching & guidance step by step..

Text me... +6011-26438515...

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway