Assalamualaikum & Hi
Hari ni Hana nak share dengan kawan-kawan berkenaan Pemeriksaan Sendiri Payudara @ Breast Self Examination.
Apa tu?
*Satu langkah yang mudah untuk dilakukan oleh setiap wanita setiap bulan.
Tujuannya?
*Untuk mengenalpasti sebarang perubahan awal terhadap payudara.
Kenapa perlu kenalpasti apa-apa perubahan awal pada payudara?
*Perubahan awal yang perlu dikenalpasti pada payudara sekiranya terdapat keabnormalan pada payudara yang disebabkan oleh penyakit tertentu.
Bila perlu buat pemeriksaan sendiri payudara?
* 7 hingga 10 hari selepas haid bermula ATAU 3 hari selepas haid berakhir
Bagaimana nak lakukannya?
* Berdiri dihadapan cermin & melakukan sendiri pemeriksaan payudara ini dengan cara menekan payudara & mengesan sebarang keabnormalan terhadap payudara.
* Berbaring dengan satu bantal kecil atau tuala dilipat sedikit tebal dan dialas di bahagian belakang bahu/ketiak/sisi tubuh yang mana payudara akan ditekan.
Jom lihat gambar pula.
Mudahkan? Lebih baik dapat kesan perubahan awal daripada terlewat. Banyak cara boleh dilakukan untuk mencegah kanser payudara & kanser lain.
Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Do leave your comment here. Thank Q dear readers.