Friday, September 6, 2013

Kebaikan Minum Kopi

Assalamualaikum & Hi

Malam ni nak cerita tentang kopi. Maklumlah baru lepas minum Mineral Coffee, nak kekal segar untuk terus bekerja malam ni. Kepada penggemar kopi yang belum tahu apa kebaikan minum kopi, jom baca sikit.
Mesti readers semua pernah dengar statement yang mengatakan minum kopi tak bagus untuk kesihatan. Kita di momokkan dengan cerita minum kopi membahayakan kesihatan, tak bagus... bla... bla.. Sedangkan profesor-profesor di Eropah, pasti ada secawan kopi di tangan mereka. Tapi mereka katakan kepada kita bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tak apa, jom kita tengok dulu..




Kebaikan Kopi yang Tidak Pernah Diceritakan.

1. Hidup Lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan di Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa (1-3 cawan sehari) setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang tidak minum kopi. Ininberpunca daripada antioksidan semulajadi yang tinggi dijumpai dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan KETAGIHAN seseorang terhadap ROKOK.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Harvard pula, penyelidik mendapati minum kopi 1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan secara dramatik.
-Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis).
-Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%.
-Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari.
-Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
-The Nurses Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun mengenai penyakit gout. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap minum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko terkena penyakit gout.

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gym @ dirumah, lebih baik mulakan dengan minum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Hormon ini akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Minum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memorijangka pendek kepada individu . Dikatakan kafein dalam kopi dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak. Sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik.

5. Kesihatan Yang Lebih Baik
Terdapat lebih kurang 1000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan lain.

Sumber dipetik daripada cheqppjoy.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.