Thursday, September 26, 2013

Under Maintainance

Assalamualaikum & Hi

Okey, Hana nak inform you all..
If ada mana-mana link yang you all nak klik tapi tak boleh..
Atau tak dapat klik sebab link berubah..
Hana mintak maaf ye.

Blog ni sekarang sedang dalam penambahbaikan.
Sedang dinaiktaraf.
If anything yang you all nak tanya, nak tahu apa-apa tentang produk..

Just PM hana kat FB : Hana Hazel
Atau
SMS/WhatsApp ke 011-26438515/016-3551634

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Friday, September 6, 2013

Kelebihan Mineral Coffee

Assalamualaikum & Hi

Siapa antara readers di sini penggemar kopi? Setiap pagi mesti nak kena minum kopi, kalau tidak rasa macam tak lengkap saja. Kopi jenis apa yang awak minum? Yang perlu ditambah gula @ kopi 3 in 1? Nah... Kalau memang kopi menjadi minum wajib minum setiap hari... Hana cadangkan jom try Mineral Coffee pulak. Sure jatuh cinta!

Kajian menunjukkan bahawa jika seorang wanita minum 2-3 cawan kopi sehari, mereka dapat mengurangkan risiko kematian kerana penyakit jantung sehingga 24%. Ini menunjukkan bahawa pentingnya kita memilih bahan minuman yang betul untuk diminum & jika nak minum kopi mesti nak pilih kopi yang terbaik untuk kesihatan kan?

Namun demikian memang susah nak cari kopi yang elok untuk badan kita. Kopi yang ada dipasaran kebanyakkan diletakkan macam-macam sweetener kan? Kebanyakkan kopi mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Premix coffee yang ada pun tinggi dengan kandungan gula. So now ada Mineral Coffee, bolehlah diminum sebagai altenatif kepada pelbagai minuman di luar sana.

So now, jom baca tentang Mineral Coffee.

Berikut adalah senarai bahan utama dalam Mineral Coffee :

1. Biji Kopi Robusta - biji kopi yang digunakan untuk pembuatan Mineral Coffee. Berbau wangi & by nature, air rebusannya terasa pahit. Diambil daripada pengeluar robusta terbaik dunia, Vietnam.

2. Garam Buluh - merupakan garam berkualiti tinggi yang diimport oleh syarikat KAEAM Trading di
Korea. Satu-satunya syarikat yang diiktiraf ketajaan Korea untuk mengeluarkan garam buluhbermutu tinggi.


3. Magnesium - terkandung dalam garam. Sangat penting untuk penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan jantung. Apabila kalsium diserap dengan baik, tekanan darah jadi stabil. Badan akan berada dalam keadaan tenang.

4. Chlorogenic Acid - sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah. Ia juga membantu mengawal berat badan. Inilah keunikan Mineral Coffee jika dibandingkan dengan kopi 3 in 1 lain. Mineral Coffee bersifat anti-obesiti.

Kelebihan Mineral Coffee :
★ Kaya dengan antioksidan
★ Kaya dengan bahan mineral & elemen surih seperti magnesium, zink, kalsium & kalium
★ Hilangkan keletihan fizikal dan mental
★ Melegakan tekanan

Mineral Coffee sesuai untuk :

1. Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ia dikongsikan oleh seorah pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum Mineral Coffee.

2. Pesakit Insomnia - kebiasaannya pesakit insomnia ini antara lain masalahnya ialah kalsium tidak diserap dengan baik oleh badan, maka badan mereka masih cergas & tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan 
magnesium di dalam Mineral Coffee membantu penyerapan kalsium berjalan lebih baik. Seterusnya badan aksn beransur tenang & dapat tidur dengan baik.

3. Pesakit Migrain - elemen garam buluh akan membantu melancarkan perjalanan darah & mengelakkan migrain serta migrain.

4. Pesakit Kencing Manis - garam buluh membantu falam menyimbangkan gula dalam darah dengan adanya Chlorogenic Acid. Pesakit juga harus mengambil kira nasihat doktor.

5. Pesakit dengan HB rendah - contohnya ibu hamil yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum Mineral Coffee. Magnesium di dalam Mineral Coffee juga boleh meningkatkan jumlah HB ke paras normal.


Kebaikan Minum Kopi

Assalamualaikum & Hi

Malam ni nak cerita tentang kopi. Maklumlah baru lepas minum Mineral Coffee, nak kekal segar untuk terus bekerja malam ni. Kepada penggemar kopi yang belum tahu apa kebaikan minum kopi, jom baca sikit.
Mesti readers semua pernah dengar statement yang mengatakan minum kopi tak bagus untuk kesihatan. Kita di momokkan dengan cerita minum kopi membahayakan kesihatan, tak bagus... bla... bla.. Sedangkan profesor-profesor di Eropah, pasti ada secawan kopi di tangan mereka. Tapi mereka katakan kepada kita bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tak apa, jom kita tengok dulu..




Kebaikan Kopi yang Tidak Pernah Diceritakan.

1. Hidup Lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan di Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa (1-3 cawan sehari) setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang tidak minum kopi. Ininberpunca daripada antioksidan semulajadi yang tinggi dijumpai dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan KETAGIHAN seseorang terhadap ROKOK.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Harvard pula, penyelidik mendapati minum kopi 1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan secara dramatik.
-Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis).
-Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%.
-Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari.
-Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
-The Nurses Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun mengenai penyakit gout. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap minum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko terkena penyakit gout.

3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gym @ dirumah, lebih baik mulakan dengan minum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Hormon ini akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Minum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memorijangka pendek kepada individu . Dikatakan kafein dalam kopi dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak. Sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik.

5. Kesihatan Yang Lebih Baik
Terdapat lebih kurang 1000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan lain.

Sumber dipetik daripada cheqppjoy.blogspot.com