Tuesday, November 18, 2014

Suami Salahkan Isteri?

Assalamualaikum & Hi





Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan artikel email yang mana si suami telah menyalahkan isterinya yang tidak menjaga penampilan di rumah @ di hadapan si suaminya sehingga menyebabkan suaminya berzina dengan perempuan lain.

Sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan artikel tersebut. KLIK

Suami mengatakan dia terpaksa berpura-pura gembira apabila bersama si isteri. Dia tak suka isterinya berbau busuk, kusut masai & gemuk.

Okey apa yang Hana nak cakap di sini..(just my opinion)

1. Suami sepatutnya bersikap hemah. Gunakan 9 akal 1 nafsu itu mengatasi masalah si isteri. Cari cara bagaimana nak cantikkan si isteri. 

Selama Hana menjadi Glampreneur ni, ada je suami yang beli Premium Beautiful untuk dihadiahkan kepada isteri. Sebab dia nak isteri dia tetap cantik & indah di hadapannya.

2. Perempuan mempunyai 9 nafsu & 1 akal. Selalunya lebih bernafsu untuk kumpul handbag, kasut, perhiasan, barang rumah baru. Ada juga yang terfikir untuk mempunyai tubuh cantik demi tatapan si suami. Itu bagus la. 

Tapi yang tak terfikir untuk mencantikkan diri, Si suamilah yang patut memainkan peranan dalam hal ini.

Dia isteri awak kan, jadi kalau sayang & masih mahu bersamanya, bantulah dia. Jangan hanya tahu menyalahkan isteri saja.

3. Demi rumah tangga yang harmoni suami isteri kena saling bertanggungjawab. Tahu tanggungjawab masing-masing. Laksanakan dengan sebaiknya.

Suami tak boleh salahkan isteri saja. Isteri pun tak boleh abaikan kesihatan & kecantikan diri. Itu perkara yang sangat penting tau.

Kecantikan & kesihatan kita ni lebih baik untuk tatapan suami. Bukan hanya terlajak cantik di khalayak ramai. Bila suami suka, tak adalah dia nak memberi alasan saja.

Dan.....

Hana bukanlah menyalahkan ATAU menghina perempuan yang gemuk, busuk dan seumpamanya. 

Tahu tak diri kita ni amanah Allah SWT untuk dijaga sebaiknya. Tak menjaga diri pun umpama tak amanah tu. Amanah tu bukan saja ANAK, KERJA, TANGGUNGJAWAB MENJAGA RUMAH TANGGA/SUAMI, IBU BAPA... Tapi diri kita sendiri pun amanah Allah SWT.

Apabila yang dinamakan AMANAH, kita kenalah jaga sebaik mungkin. Jaga kesihatan supaya sentiasa dapat menjaga keluarga kita. Jaga kecantikan untuk suami adalah lebih baik & dapat PAHALA pula tu. 

Kita cantik & sihat, suami pun rasa gembira. Tak adalah dia nak bagi alasan kita busuk & gemuk yang dah menyebabkan dia berzina dengan orang lain.

Suami pun janganlah bagi alasan macam tu. Kesian isteri gemuk tu sebab dia lahirkan anak awak juga. Susah payah bertarung nyawa nak lahirkan anak awak ke dunia ni. 

Kalau isteri tak terfikir nak jaga penampilan, awak cakaplah, tegurlah dia baik-baik. Carilah cara mana pun supaya dia tak kecil hati.

Jadi, suami & isteri sepatutnya faham & laksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik.. Jangan asyik nak salahkan sebelah pihak saja. 


Pesanan KASIH SAYANG,

Hana
+6011-26438515
hanaradzi12@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.