Friday, July 18, 2014

Berita Duka Bertebaran Lagi #MH17

Assalamualaikum & Hi

Seawal pagi ketika bangun bersahur, dikejutkan dengan berita duka lagi. Sedangkan yang hilang belum ditemui & tidak tahu apakah nasib mereka. Dikhabarkan pula sebuah lagi dibedil & terhempas. Allahuakhbar.. Tersentap. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mereka yang terlibat.

Bayangkanlah sedang umat islam gembira menjalani ibadah puasa & akan menyambut aidilfitri tidak lama lagi, kita ditebarkan dengan satu persatu berita duka.

Bermula dengan SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA. Umat islam ditembak & dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan.

PEMERGIAN biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Dan hari ni seawal pagi kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 dibedil & terhempas. Allaahuakhbar.  Hampir 300 orang penumpang di dalam pesawat. Sayu hati. Yang Islam, rakyat Malaysia, yang nak balik menyambut Aidilfitri dengan keluarga tercinta.. Tak dapat nak tahan perasaan. Terasa seolah-olah diri ni pun mengalaminya.

Mungkin sudah ditentukan Allaah SWT ajal mereka dalam bulan Ramdhan yang mulia. Buat ahli keluarga yang terlibat, tabahkanlah hati. ikhlaskan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya. Ketika inilah keimanan kita diuji. Kuat atau lemah kah iman kita menerima setiap takdir Ilahi.

Rasanya Ramdhan kali ini benar-benar mengajar kita erti sabar & tabah. 

Serba sedikit info yang ingin dikongsi berkenaan MH17.

Senarai nama krew MH17

Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin (50 Tahun)

Kapten Eugene Choo Jin Leong (45 Tahun)

Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Bin Hanapi (29 Tahun)

Pembantu Juruterbang Muhammad Firdaus Bin Abdul Rahim (27 Tahun)

Anak Kapal

Mohd Ghaffar Bin Abu Bakar (45 Tahun)

Dora Shamila Binti Kassim (47 Tahun)

Azrena Binti Yakob (41 Tahun)

Lee Hui Pin (41 Tahun)

Mastura Binti Mustafa (40 Tahun)

Chong Yee Pin (40 Tahun)

Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (44 Tahun)

Sanjid Singh Sandhu (41 Tahun)

Hamfazlin Sham Binti Mohamad Ariffin (31 Tahun)

Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (31 Tahun)

Angeline Premila Rajandaran (30 Tahun)



_________________________________________________________________________________

Bagi yang nak tahu atau tanya apa-apa berkenaan Premium Beautiful just text me ya.. +6011-26438515.

Wednesday, July 9, 2014

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum & Hi

Buat moist chocolate cake. Masa dah suam-suam tu makan memang yummy..!!! Rasa dia macam mana? Ermm.. Boleh la. Tak ada la rasa macam kek dekat secret recipe tu. Tapi boleh la..

Hehee..

First time la buat rasa sikit menjadi. Still tak puas hati tu.. Bukan apa, merajinkan diri buat kek ni sebab si kecik tu haa... Sibuk tanya dari minggu lepas bila nak buat kek, bila nak buat kek. Alahai anak.. Tapi demi anak Hana rajinkan diri buat kek sebab dia puasa penuh dah dalam 3 hari.

Kiranya macam pembakar semangat dia, lepas tu macam hadiah la untuk dia sebab puasa penuh. Minggu awal puasa hari tu, puasa dalam separuh hari saja.

Mama seronok sangat anak mama ni rajin puasa penuh walaupun baru nak belajar puasa tahun ni. Syukur sangat.

Dah dia sibuk tanya bila nak buat kek, Hana izinkan la dia tolong mana yang boleh. Hehee.. Suruh pukul telur je pun..

Sudahnya bila dah siap, sikit saja makannya..

Belanja gambar je la ye.. Hehee..


Posted via Blogaway

Tuesday, July 8, 2014

Barang Kecil Nilai Besar

Assalamualaikum & Hi

Plan nak buat sandwich roti. Jadi pergi la AEON AU2 tu. Dah ambil semua barang-barang yang diperlukan...

Tak banyak pun. Sikit ja. Tapi... Bila nak bayar tu.. Tet, tet, tet.... *bunyi mesin scan harga..

Dah habis 'tet' semua barang.... Uih.. Dekat RM100..!!! Ada la kot dalam RM90++ ... Ish, ish, ish... Terkejut mak!

Cuba bayangkan.. Itu baru beberapa item saja. Bayangkan kalau penuh troli tu? Ai.. Mau nya RM500++ ... Teruk jugak tu kan? Percaya atau tidak, sekarang ni walaupun individu tu dah bergaji besar, berpangkat besar masih akan buat bisnes apa-apa sebab nak buat bisnes. Kenapa? Sebab orang yang berpangkat besar, bergaji besar ni kekurangan masa dengan keluarga.

Duit banyak tapi tak ada masa dengan keluarga.

Dalam GLAM, memang tak dinafikan ahlinya terdiri daripada mereka yang datang dari pelbagai peringkat usia & latar belakang pekerjaan. Kalau nak tahu, ada tau mereka yang bekerja sebagai doktor, jurutera etc yang kerja memang dah bagus pada pandangan mata kita.

It is ok. Next entry Hana cerita kenapa ramai yang suka nak buat bisnes dengan GLAM walaupun dah bergaji 5 angka.

Berminat untuk menjadi Glampreneur? Jangan segan silu, just text me.. +6011-26438515. Nak tanya saja pun tak apa. Tak marah pun....


Posted via Blogaway

Monday, July 7, 2014

What its Mean?

Assalamualaikum & Hi

Kisah ni berlaku pada pukul 5 pagi tadi. Seorang pesakit non-muslim memanggil nurse kerana berasa kurang selesa seperti sesak nafas katanya..

Setelah semua intervensi perawatan dilakukan kepada beliau, akhirnya beliau kembali rasa lebih baik daripada keadaan sesak nafas tadi.

Sambil memerhatikan keadaan beliau, tiba-tiba Hana diterjah dengan persoalan yang tak terjangka daripada beliau.

Ada satu papan tanda bertulisan jawi, berbahasa arab & maksudnya dalam bahasa melayu. Perkataan 'la ila haillallah'...

She asked,

"What its mean? I read it everyday but I dont know what its mean.."

Beliau menuding jari ke arah papan tanda tersebut yang terletak di dinding di hadapan beliau sambil bertanya apakah maksud perkataan itu.

Hana yang khusyuk memerhatikan keadaan beliau serta iv drip yang sedang menitis jadi tersentak dengan pertanyaan tu. Then Hana pun menyusun ayat.

Apa benda, macam mana nak bagitahu dia maksud perkataan yang dia tanyakan tu. Otak tak dapat nak translate perkataan 'sembah'..

Yang hanya terlintas perkataan..

"There no God to trust except Allaah.."

Boleh ke bagitahu macam tu? Menjadi satu kesalahan tak? Betul-betul tak dapat nak translate perktaan 'sembah' tu..

Beliau turut bertanya, adakah Hana sudah bersahur? Kerana dia diberitahu bulan ini bulan ramadhan. Orang muslim akan berpuasa tidak makan & minum siang hari.

Semalam pulak, kawan-kawan cerita... Beliau ada bertanya yang mereka faham hanya perkataan 'singing'. Selepas diulang tanya barulah faham apa yang ditanya oleh beliau..

"A man singing?"

Rupanya merujuk kepada AZAN. Di hospital tempat Hana kerja akan ada seseorang yang melaungkan azan bila masuk waktu solat. Kemudian mereka pun terangkan kepada beliau.

Esok lusa tak tahu apa pula soalan akan diajukan. Jika berkenaan agama islam, mudah-mudahan kami dapat memberikan penerangan yang jelas kepada beliau. Didoakan juga mudah-mudahan beliau mendapat hidayah daripada Allaah SWT dan memeluk islam.. Ameen..


Posted via Blogaway

Sunday, July 6, 2014

Jom Sahur

Assalamualaikum & Hi

Hurmm.. Jom sahur. Hari ni sahur kat tempat kerja. Kepada yang order Mineral Coffee, jangan risau. Nanti Hana reply.

Nasi Briyani
Gulai Ikan
Sardin
Telur Goreng

Heheee..


Posted via Blogaway

Saturday, July 5, 2014

Karipap Roti

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan 7.

Buat kuih karipap roti. Sebab apa nak buat? Sebab tengok resepinya simple. Hehee.. Alasan malas nak fikir bahan banyak-banyak.

Hurmm.. Bentuk & rupa berbeza. Tapi isi & rasanya sama. Hehee.. Ala.. Kalau beli kuih raya pun macam tu kan?

Rupa bentuk lain-lain. Tapi... Rasa sama ja. Kan, kan, kan?

Tipu la kalau tak pernah rasa.. Hehee...


Posted via Blogaway

Friday, July 4, 2014

Puding Karamel

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan 6.

Today buat Puding Karamel. Tapi... Terkeras pulak. Huhuu.. Tak tahu la apa yang kurang apa yang lebih. Selalu jadi je buat. Tak la teruk sangat.

Maklumlah risiko bila buat time bulan Ramadhan ni. Hehee.. Kalau tidak, kuih-muih, lauk-pauk di bazaar Ramadhan tu tak la jadi indah khabar dari rupa.. Kan?

Ni rupa je menawan, tapi rasanya kureng. Cuba lagi nanti. Esok menu apa pula ya.

Haa.. Jangan lupa pakai Premium Beautiful semasa berpuasa. Dapat elakkan pedih ulu hati tau. Badan pun akan rasa lebih bertenaga.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, July 3, 2014

Beli atau Masak?

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan ke-5..

Hari ni kerja pagi. Terasa mengantuk la pulak. Sahur tadi tak minum mineral coffee.

Tertidur la lepas balik kerja. Bangun dah pukul 6.30 petang. Alaa... Apa nam masak ni?

Nasib baik my MIL dah siap-siap masak. TQ mak.. Hee.. Tapi teringin nak makan pencuci mulut macam kuih muih. Ajak hubby ke bazaar ramadhan.. Tak nak pulak dia.

Google resepi. Tapi.. Hurmm.. Jumpa beberapa resepi. Esoklah buat. Esok pun kerja pagi. Masak kuih awal sikit. Tak tahu lagi ni apa nak masak untuk pencuci mulut.

Sebelum tidur nanti nak tengok semula resepi & bahan-bahan la. Excited pulak.

*tetiba rasa nak makan kek cekelat moist

Yummy...

You all selalu beli ke masak je?


Posted via Blogaway

Wednesday, July 2, 2014

Alhamdulillah Rezeki Berbuka

Assalamualaikum & Hi

Ramadhan ke-4 berlalu dengan aman & tenang. Alhamdulillah masih ada rezeki berbuka puasa dengan juadah sempurna.

Sebenarnya pada hari tersebut masing-masing tak bawa apa-apa bekal. Dan tak tahu di mana nak beli juadah berbuka.

Ada pesakit yang sudi hulurkan sedikit kuih-muih & juga air kotak. Alhamdulillah. Terima kasih ya. Semoga tuan-puan cepat sembuh & dikembalikan nikmat kesihatan.

Mujurlah seorang daripada kami suaminya dapat bawak makanan yang dia dah masakkan di rumah. Syukurlah.. Rezeki.

Dapatlah kami makan nasi berlauk kan ayam masak lemak.. Sedap dia masak. (^_^)

Semoga mereka yang hulurkan juadah buat kami berbuka ni dimurahkan rezeki, dilimpahi rahmat & diberikan kesihatan yang baik. Ameen..

*nak dapatkan premium beautiful corset secara ansuran? Just text me ya.. +6011-26438515.

Berpuasa dengan Premium Beautiful dapat kurangkan masalah gastrik/pedih ulu hati. Bonusnya dapat 'automatic diet control'.. Heee.. Berbaloi-baloi..


Posted via Blogaway

Tuesday, July 1, 2014

Akok oh Akok

Assalamualaikum & Hi

First Ramadhan..

Alhamdulillah dapat cuti. Dapatlah masak untuk sahur & berbuka untuk family.

Sahur goreng ayam dengan udang goreng. Hee..

Berbuka pulak buat sup ayam.. Cukup la tu. Itu pun tak habis.

Cumanya tak dapat berbuka dengan family di kampung. Rindu mak abah. Adik yang study di Johor tu datang rumah. Kebetulan cuti semester.

Okeylah.. Ada adik wakil dari keluarga kandung.. Hee..

Ramadhan kedua pun ada kisahnya juga.

*psstt.. pakai PB time puasa tak rasa sakit ulu hati/epigastric pain tau..

Haa.. Mari sini dengar ini cerita..

Ada seorang relative pesakit di ward, panggil Hana. Dia bagi kuih akok. Daripada ayat yang dituturkan, Hana faham maksud dia kuih tu untuk di makan waktu sahur oleh sesiapa pun.

Kalau tak salah ayatnya begini...

'Dik, ambik la buat makan sahur..'

Ada lagi ayat sambungan.. Tapi isunya di sini.. Maksud ayat dia yang pertama tu. Hana pun tulis kat bekas kuih tu, untuk dimakan waktu sahur.

Rupanya.... Maksud dia, suruh semua makan/rasa kuih tu. Hana dah salah faham.

Sepatutnya ayat dia jelas & terang. Hana pulak kena tanya bila rasa macam confuse @ tak faham dengan ayat tu.

Kesimpulannya mesej tak sampai. Huuhuu..

Ramadhan ketiga.. Berlalu biasa-biasa. Tiada yang istimewa & tiada jugak yang berat-berat. Namun agak penat berjalan ke sana ke mari bekerja from 7 am until 9 pm..

Kisah akok.. Pasti ku kenang sampai bila-bila..

Nak dapatkan PB? Nak tanya apa-apa, just just text me ok..+6011-26438515.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway