Monday, February 24, 2014

Island Steamboat & BBQ

Assalamualaikum & Hi

Before we went for short trip to UTHM tu, Hana ada bawa mak, abah & adik ke Island Steamboat & BBQ.. Sayangnya tak cukup korum.. Hehee.. Kalau lagi ramai lagi best. Dah lama sangat mengidam nak makan steamboat & bbq di situ. Sebabnya.. Best sangat. Sedap, lazat & menyelerakan..

Memang jamin puas hati. First time rasa steamboat di situ ialah semasa ikut Mr. Hubby ada majlis jamuan perpisahan rakan sekerja beliau tahun.. Ermm.. Tak ingatla.. hehee...

Lepas tu selalu nak pergi lagi. Kalau pergi ramai-ramai best tau. Kalau berdua tak best sangat. Selera tu lain kalau ramai dengan tak ramai geng. Heheee...

Harga pula... Err...Hana Tak ingat sama ada RM24.90 @ RM21.90.. Harga kanak-kanak RM9.90...

Maaf ek, nanti Hana confirmkan balik.

Parking pun tak la susah sangat. Itu la Hana cakap kena booking meja dulu & pergi awal. Tapi setakat Hana selalu pergi tu, parking memang tak susah. Sentiasa ada parking.

Tapi makanan di situ memang best sangat. Banyak pilihan, pilih ada apa nak makan. Kuah pula ada dua pilihan. SUP @ TOMYAM.. Pun sedap.

Tak sempat nak snap pict makanan yang ada. Sebab sangat teruja nak makan. Hehee..

Ayam untuk BBQ, memang sedap.. Hana asyik ulang makan yang tu saja. Sebab memang sedap.. Kalau nak pergi, baik booking siap-siap. Kalau tak booking, lambat sikit la dapat tempat. Memang ramai pengunjung di restoran steamboat tu.


 Tu nampak tak ayam dengan daging dalam pinggang tu? Sedap lepas dibakar.


 Si kecik tu hanya makan sea food ( udang, sotong saja digemarinya)


 Seronok dapat belanja family.. Lepas ni hopefully akan makin kerap dapat belanja family macam ni lagi..


 Abah pun suka sangat dapat makan di sini. Selalu Hana bawa makan western food. Abah tak suka sangat. Haa.. Kali ni bawa makan steamboat & bbq pula. Tak ada komplain lagi.. Hehee..


 Bila tengok balik all these pict. terliur dibuatnya..


Taraaaa..... Dah ada no. tel & blog address, boleh jenguk & call untuk buat reservation... (^_^)

Restoran ni juga pernah menjadi tempat JJM ( jalan-jalan cari makan ) shooting. That's mean makanan di sini best! Tak percaya, KLIK.


Sorry pict. are not clear.. Next time Hana snap dekat-dekat...


yang macam ni.. next time Hana snap dekat ek.. biar jelas..


FREE Trip To Gold Coast!

Assalamualaikum & Hi

Seronok tak kalau dapat pergi travel secara FREE? Semua kos ditanggung! Hanya bawa duit untuk shopping! Diulang... Hanya bawa duit untuk shopping! Nak Hana ulang lagi ke? Hehee..

Ada yang suka shopping tapi masalah kewangan membataskan.
Ada yang suka travel tapi masalah kewangan lebih menguasai.
Ada yang nak simpan duit setiap bulan tapi kegunaan bulanan pun cukup-cukup.
Ada yang nak hulurkan kepada ibu bapa dan adik-adik tapi kewangan sendiri pun hanya cukup-cukup makan.. Macam mana nak bagi kepada orang lain?

Eh, sebelum lari tajuk.. Jom Hana tunjuk dekat readers semua gambar-gambar mereka yang cukup seronok mengikuti FREE trip ke Gold Coast minggu lepas. Ya, baru saja balik dari Gold Coast last week tau..
Terbakar chek tengok... Hewhewhew...


Shopping is a MUST.. Bawa balik ole-ole untuk family & kawan-kawan.. Best kan?
 

Bersedia untuk menonton pertujukan dolphin... (Seaworld)


Bukan setakat jadi business partner, malah dah macam adik-beradik...
(jet boating paradise)


Fun with business partner & FREE trip


View from hotel balcony.. Terus nampak pantai.. Bestnya...(outriggers hotel)

 Yummyyyy!!!!


Dinner ala Hawaian...

 GLAM Hebat, SAYA hebat, Pasti HEBAT!!!!


Jumpa Mr. Kangaroo & Mr. Koala di Paradise Country


Jom bergembira....!!!!

Istimewa dibuka awal 2 jam untuk GLAMPRENEURS tau... Sungguh istimewa layanan yang diterima..


Lompat bintang! Yeyyy!!! Menunjukkan seronok sangat dengan free trip ni..

'Kami di Movie World - Lagi special bila dibuka 2 jam awal untuk GLAMPRENEURS..



Weeee....Huuuuu......!!!!! Yeyyyy!!!!


 Leisure ( tepian pantai yang indah)


 Nak cuba roller coster tu? Sure kecut perut!


 Jalan-jalan di night market..


Good Night Gold Coast...!!!

Tahniah kepada semua qualifier! Seronok kan tengok mereka menikmati free trip tu? Hana makin semangat tengok picture mereka di sana.. Bestnya.. Shopping saja kena bawa duit. Hotel, pengangkutan, makan-minum, kos nak masuk semua tempat tu pun ditanggung beres. Next trip kita ke Shanghai pula. Jom siapa nak ikut? 

Hana 
+6011-26438515 (SMS/LINE/WhatsApp/WeChat)


Sunday, February 23, 2014

Banyak Cerita!

Assalamualaikum & Hi

Mak ai.. Bersawang-sawang dah blog Hana ni. Lama benar tak update. Bukan malas.. Tapi dah siap taip dah.. Semua dalam draft tu haa.. Tak sempat nak edit & upload pict.

Banyak sangat idea yang mencurah-curah. Tapi tak upload pict. ada problem sikit. Itu yang semua tersimpan dalam draft saja.

Banyak cerita nak diceritakan tau.. Nak cerita tentang...

1. Island Steamboat & BBQ
2. Short trip to Batu Pahat
3. UTHM
4. FREE trip to Gold Coast

Ish... Semua cerita yang macam best.. Lagi best tentang FREE trip to Gold Coast.. Semangat membara nak cerita ni.. Tunggu ya.

Saturday, February 22, 2014

Panorama

Assalamualaikum & Hi

Evening scenery

Hari ni rasa nak cuba mode baru pada aplikasi camera dalam my smartphone. Bukan apa, tak pernah cuba itu yang rasa baru. Hehee..

Mode yang selalu digunakan ialah mode auto. Tapi since last week rasa nak cuba gunakan mode panorama.
Bila dah cuba ni rasa best pula. View pun lebih luas. Nampaknya banyak lagi yang perlu diterokai. Hehee..


Morning scenery

Wednesday, February 19, 2014

Short Trip to UTHM Part II

Assalamualaikum & Hi

Hari tu ada Hana buat entri tentang Short Trip to UTHM. Cerita sekitar Kolej Perwira sahaja. Now kita tengok sekitar UTHM itu sendiri pula. Dibawa melilau sekitar UTHM oleh TOUR GUIDE kami.. Hehee...

Si baju... Hijau...Eh, ternyanyi pula... Ni la tour guide Hana & mak.

Semasa menunggu Abah & my hubby solat jumaat di masjid UTHM, kami melilau sekitar UTHM la..

 Masjid UTHM

From other view.. Cantik + Besar..

 Ini katanya dewan konvokesyen UTHM..

Fakulti (yang sempat snap)


Nak berenang?


 Ada nampak aeroplane tak? Kapal terbang tak boleh terbang..


luas pemandangan...


 ini tak ingat fakulti apa.


Hostel dalam UTHM.


Library UTHM ni adalah antara yang TERBESAR di Asia tau..

Hostel ada banyak kata adik Hana.. Kolej ni apa entah namanya. Lupa juga. Yang adik Hana duduk tu Kolej Perwira. Dulu masa hantar dia first time tu, jauh kemain dapat hotel. Padahal sekitar UTHM ni pun banyak homestay. Cumanya kena booking awal-awal la. Kalau lambat.... Melepasssss la........

So next time kalau ada saudara-mara atau adik-beradik yang nak masuk UTHM, bila dah tahu tarikh daftar tu cepat-cepat la booking homestay.. Kalau tidak jauh la dapat hotel.

Ini link yang mungkin membantu anda.. Boleh Google lagi 'homestay berhampiran UTHM'... Nanti akan naik banyak sangat senarai link/blog/web berkaitan. (KLIK)

*ada tandas untuk raja. tapi lupa nak snap bangunan toilet raja tu. huhu.. katanya..'sampai suis toilet pun colour emas..' boleh bayang tak? kalau dah suis pun warna emas, bagaimana dengan bowl/flush dan lain-lain? teruja nak tengok. tapi dikunci.


Tuesday, February 18, 2014

TESTIMONI : Angin Dalam Badan?

Assalamualaikum & Hi

Waahh hai... Lama betul tak dapat update blog. Kesibukan kerja hakiki yang membataskan peng'update'kan blog. Mesti readers tertunggu-tunggu entri terbaru kan..

*eh,perasan..sila muntah hijau.. Hehee..

Hari ni nak tunjuk kepada readers testimoni terbaru daripada customer. Tapi mohon maaf kerana tak dapat tunjukkan nama customer tersebut (beliau mohon rahsiakan).

Bagi yang ada masalah seperti ini sangatlah digalakkan pakai Premium Beautiful. In sha Allaah masalah kesihatan anda akan selesaikan.

Nak tahu apa lagi problem yang Premium Beautiful ni dapat bantu... Boleh contact Hana ya.. Tak rugi tau miliki Premium Beautiful ni sebab banyak fungsinya.


Posted via Blogaway

Saturday, February 15, 2014

Short Trip to UTHM (KOLEJ PERWIRA)

Assalamualaikum & Hi

Semalam hantar adik balik semula ke hostel. Dia sekarang study di UTHM. Baru masuk 2nd semester. Bangun pukul 3 pagi. Bertolak ke Batu Pahat jam 5 pagi.. Huwaaa... Time mengantuk tu.. Abah dengan hubby la yang gilir drive. Kami sedap jer krohh, kroh kat belakang. Hehehe..

Sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 8 pagi la. Sebelum tu berhenti solat subuh di R&R Pagoh. Then sambung perjalanan tak stop dah. 

Kira macam short trip la kan.. Hehehe.. Having time with family dalam masa singkat tu kenalah gunakan sebaiknya. Kalau tidak susah la nak spend time family dek kerana tuntutan kerja hakiki. Bila ada masa tu kenalah gunakan sebaiknya. Sebab tu lah Hana bawa family makan-makan. 

Dalam pukul 9 tu adik pergi daftar. Kami tunggu la di kereta. Bila boring, Hana dengan mak tour la Kolej Perwira (hostel adik) tu. Jalan tengok hostel bebudak tu. Blok campur-campur.. I mean boy & girl punya hostel tak ada penghadang. Tak ada pagar atau apa-apa pemisah la i mean. Blok adik Hana tu in front of boys blok. 

Adik cakap ramai yang tak suka pilih tu adalah disebabkan blok tu berhadapan dengan blok budak lelaki. Blok tu okey la. Bilik lebih luas berbanding blok yang sebelumnya. Yang sebelum tu, sempit kot. Dalam bilik tu ada 4 orang. memang sempit la.

Tapi bilik kali ni lebih luas. Ada toilet dalam bilik. Dua orang saja dalam bilik tu. Meja study pun dalam bilik tu. 

*ish terasa rugi tak snap gambar 1 bilik/1 rumah tu. tak habis-habis nak selfie..huhuu..

Malas nak cerita panjang. Nanti readers bosan. Jom la layan gambar selfie i.. ---> sila muntah hijau bila tengok nanti.




Beratur ambil barang tinggalan di stor simpanan


Ada reban arnab di hujung sana. 


Beliau bosan menunggu, main game sampai habis bateri.


 Comel sungguh anak kucing ni. Jumpa masa buat tour dengan bonda sekitar Kolej Perwira.


 With Abah.. Abah.. Siti Sayanggggg Abah...




menjeling orang sebelah. sibuk main game..


Selfie.. Selfie...


With Mr. Hubby..


 Yang dibelakang tu la tuan bilik ni.. Lupa pulak nak snap pict sekitar bilik & rumah tu..

Okey.. Enough la.. Nanti makin ramai yang akan muntah hijau.. Wahaahaa.. Jom ke next entry tour sekitar UTHM pula..


Tuesday, February 4, 2014

Tired..!!!

Assalamualaikum & Hi

Just went home..Waa... So tired.. No time to rest. Can't wait to be fulltime Glampreneur... Last night just finished for 2nd night. To complete 3rd night duty tonight.

Got 4 new case. Hurmm.. Tonight will be a medicine nurse. Hopefully will finish it in peaceful.

Let's the picture talk itself...


Posted via Blogaway