Pages

Saturday, April 5, 2014

Klinik Pergigian Mama

Assalamualaikum & Hi

29 March 2014

Akibat tak tahan dengan gigi yang sakit akibat berlubang.... Sampailah hari ni Hana di sini.

First time datang sini. Klinik Pergigian Mama ni tak nampak macam klinik pun kalau dilihat dari luarannya. Kalau tak ada banner/board di luar, memang tak tahu la. Betul ke tak ni klinik ni?

Tapi memang cantik la bahagian dalam klinik. Macam rumah orang. Kalau tengok sendiri memang cantik. Lagi pun memang dibuat daripada rumah teres banglo tau.. Rumah 2 tingkat. Bukan bangunan kedai.

Rupanya nak datang klinik ni kena buat temujanji dulu. Mana la i tau. Ingatkan mcam klinik lain yang biasa-biasa tu. Rupanya bila tengok sejeling di buku temujanji tu, perghh!!! Penuh dari tarikh yang ada di muka surat tu ke tarikh di muka surat sebelahnya.

Okey dah tahu. Next time kalau datang kenalah buat temujanji dulu. Memandangkan dah ada dua temujanji pada waktu tu, maka kenalah tunggu. Andainya pesakit yang temujanji kedua tu lambat datang, barulah Hana akan dipanggil.

Sepanjang menunggu tu, habis teropong 1 klinik. Memang rasa tenang duduk menunggu dalam klinik. Ada kolam air kecil, tenang bunyinya. Ada aircond. Seronok la.

Harga berpatutan dengan keselesaan premis mereka.

Macam dalam rumah orang kan?

Sofa bukan main cantik 

Kolam kecil. Si kecik ni pun suka suasana dalam premis

'Carpet' bulu-bulu

Hiasan yang cantik

Sangat suka kan suasana dalam klinik ni



 Semua di 'try' nya..




Lai..Lai..Lai...

Di dalam tu lah tempat buat prosedur


Senarai harga perkhidmatan.. Sorry la tak perasan yang pic. tak clear.


Cantik kan?

Mama Dental Clinic 
'The Smile Studio'
K-36, 222-C
Jalan Bayam
15200 Kota Bharu 
Kelantan
Tel.: 09-7444849 / 019-9843772
FB : Klinik Pergigian Mama


No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.