Pages

Wednesday, March 5, 2014

Berfikir...

Assalamualaikum & Hi

Jam sekarang.. Hana masih belum melelapkan mata. Teringatkan mesej daripada CDM Shaliza Aziz tadi melalui DDM Ain Zulkarnaind.

Bagaimana mereka lakukan apa yang mereka lakukan sekarang, Hana pun boleh lakukan sama seperti mereka. Dan anda yang lain juga boleh lakukan seperti mereka.

Tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan. Kemahuan mahu mendapatkannya. Kalau malas, semua benda pun tak akan menjadi. Walaupun benda tu sangat mudah. Kena rajin. Kalau rajin, yang susah pun jadi mudah.

Hana fikir..
Fikirkan masa depan
Fikirkan mahu kehidupan yang lebih baik
Fikirkan mahu membantu keluarga
Fikirkan mahu beri kesenangan kepada anak-anak
Fikirkan mahu berikan yang terbaik untuk diri sendiri juga
Fikirkan mahu masa yang lebih berkualiti bersama keluarga
Fikirkan mahu mendapatkan apa saja yang dihajati dalam hidup
Fikirkan mahu jadi seperti mereka

Bermimpilah sebesar apa pun. Tapi sertakan juga dengan tindakan. Biar perlahan-lahan mendaki ke puncak sana. Daripada terus berada di puncak tapi akhirnya jatuh ke bawah kembali bila tidak tahan menongkah ribut.

Umpama menabung..
Biar sedikit-sedikit.. Lama-lama jadi bukit..


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Do leave your comment here. Thank Q dear readers.